Saksikan The Last TRIO Standing di Astro Ria

Saksikan The Last TRIO Standing di Astro Ria

Bila muzik rentasi jurang generasi dan genre, bayangkan betapa hebatnya lagu-lagu yang bakal dihasilkan! Perkenalkan rancangan muzik realiti terbaharu Astro, ’The Last TRIO Standing’ yang bakal memaparkan gabungan trio yang terdiri daripada nama-nama tersohor industri muzik bersama nama-nama yang sedang meniti dunia populariti.

Antara 30 nama-nama yang bakal bertanding menerusi ‘TLTS’ adalah Lah Ahmad, Cat Farish dan Azan dari kumpulan Ruffedge, Masdo, Tomok, Tam Spider, Altimet, Ag Coco, Amir Jahari, Ara Johari, serta nama-nama baharu seperti Malik Abdullah, Fidi, Syahmi Irfan dan Manzack.

Manakala pengacara tersohor, Awal Ashaari dan penyanyi popular, Zizi Kirana akan mengemudi ‘TLTS’ sebagai pengacara.

Saksikan ‘The Last TRIO Standing’ yang bersiaran secara eksklusif selama 8 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 17 Disember 2022 di saluran Astro Ria serta boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Saksikan The Last TRIO Standing di Astro Ria
Saksikan The Last TRIO Standing di Astro Ria
Saksikan The Last TRIO Standing di Astro Ria

Format Rancangan The Last TRIO Standing


Saksikan The Last TRIO Standing di Astro Ria

Sepuluh kumpulan trio bakal bertanding pada musim pertama ‘TLTS’. Setiap trio dianggotai seorang komposer, seorang penyanyi dan seorang pendatang baharu dalam industri. Penyanyi mahupun komposer boleh terdiri daripada kumpulan yang tersedia ada atau dipilih oleh mereka sendiri. 

Setiap minggu, kumpulan trio ini dikehendaki untuk mengolah semula sebuah lagu popular yang akan dijadikan cover song, manakala menggubah sebuah lagu baharu bersama. Setiap tugasan yang diberikan adalah bersandarkan tema mingguan yang ditetapkan. Namun trio ini hanya perlu menyanyikan salah sebuah lagu yang disediakan oleh mereka.

Lagu yang bakal dinyanyikan akan ditentukan oleh sebuah kumpulan juri yang dipanggil Squad Elite yang akan menonton VT yang menunjukkan snippet lagu-lagu mereka. Dalam masa 30 saat, Squad Elite yang terdiri daripada personaliti-personaliti tersohor industri hiburan ini harus memilih lagu yang akan dinyanyikan. Antara muka-muka yang membarisi Squad Elite adalah Aina Abdul, Syamel, Datin Alyah, Norman Hakim, Hazama, Sherry Alhadad, Scha Alyahya, Erra Fazira, Black dan ramai lagi.

Setiap persembahan akan diadili barisan juri yang terdiri daripada tiga individu ternama dari industri hiburan. Panel juri tetap terdiri daripada komposer and penggubah lagu terkenal, Ajai dan Jennifer Thompson dan disertai seorang juri undangan setiap minggu termasuk Dato’ M.Nasir, Datuk Syafinaz Selamat, Dato Yusry Abdul Halim, Dato Siti Nurhaliza, Dato Norman Abdul Halim, Dato Hattan, Dato Acis dan Misha Omar.

Trio yang memperoleh markah yang terendah akan disingkirkan. Trio juara akan menerima wang tunai RM100,000, trio naib juara pula menerima RM25,000 dan trio tempat ketiga akan menerima RM15,000. Manakala trio yang berada pada tempat keempat dan kelima akan menerima trofi. Pemenang trio mingguan akan menerima RM10,000.

Post a Comment

1 Comments