Review Movie | Love Destiny The Movie (Netflix)

Review Movie | Love Destiny The Movie (Netflix)

Title : Love Destiny The Movie
Director : Adisorn Trisirikasem
Release Date : 28 July 2022
Duration : 2 hour 46 minutes
Genre : Romance, Comedy, Historical
Cast : Bella Campen, Pope Thanawat, Ice Paris, Chanon Santinatornkul, Paweenut Pangnakorn, Suwatjanee Chaimusik, Peter Tuinstra, Anchuleeon Buagaew

SINOPSIS: 
After living a happy and loving life together in the Ayutthaya era, Muen and Karaket are reborn in the early Rattanakosin Kingdom. Phop is a craftsman with the sweetest smile in Thailand. He's been dreaming of one woman for many years. He believes wholeheartedly that they were together in a past life. When he meets Kesorn, whose face matches the woman in his dreams, he pursues her unwaveringly.
However, Kesorn is a progressive woman educated by a foreign priest; she doesn't believe in bupphesanniwat, couples fated to be together across lifetimes. She's not impressed by Phop at all. she is interested in Mathus, a Thai-Western man who uses strange slang when speaking, which happens to match the messages in an old journal of Lady Karaket. 
Did Mathus travel back in time from the future like Lady Karaket?!
 
Drama Love Destiny atau Buppesanniwat lakonan Pope Thanawat dan Bella Campen pernah menjadi drama paling popular dan mendapat sambutan bukan sahaja di Thailand malah di Asia Tenggara. Dalam versi filem, jalan ceritanya agak berbeza kiranya spin off dan kalau tak tengok drama masih lagi boleh faham storyline dia.

Review Movie | Love Destiny The Movie (Netflix)

Por Date dan Karaket dilahirkan semula pada era Rattanakosin sebagai  Sombatbordi/Phob (Pope Thanawat) dan Kesorn (Bella Campen). Pada era ini, mereka ditunangkan oleh ibu bapa mereka tapi masing-masing tak pernah bersua muka dek kesibukan Phob yang bekerja jauh.

Selepas empat tahun, Phob ambil keputusan untuk putuskan pertunangan mereka sebab dia selalu mimpi muka seorang gadis ini so dia percaya yang gadis tersebut adalah jodohnya.

Nak dijadikan cerita selepas putuskan pertunangan, Phob terjumpa gadis yang sama macam dalam mimpinya then terkejutlah dia sebab gadis tersebut adalah Kesorn, cik tunang yang dia tak pernah jumpa sebelum ini. nak menyesal pun tak guna wei, ngorat pun Kesorn tak layan. 

Review Movie | Love Destiny The Movie (Netflix)

Phob dengan Por Date completely berbeza, kalau Por Date jenis serius memanjang tapi Phob pula suka senyum sokmo. yang aku rasa kelakar, dalam drama bukan kemain sombong Por Date dengan Karaket tapi yang versi filem pula Kesorn yang jual mahal, gigihlah Phob cuma memikat hati gadis pujaannya.

Kesorn seorang wanita terpelajar dan pandai berbahasa inggeris. Suatu hari, paderi yang juga gurunya meminta Kesorn untuk translate journal milik Lady Karaket yang ditulis pada era Ayutthaya. 

Lady Karaket dari masa hadapan so Kesorn menghadapi masalah juga membaca journal tersebut sebab ada perkataan yang dia tak faham sehinggalah dia bertemu dengan Mathus (Ice Paris) yang memahami journal tersebut. Siapa sebenarnya Mathus?

Review Movie | Love Destiny The Movie (Netflix)

ada konflik politik sedikit apabila ada pemimpin yang berkomplot dengan orang luar untuk melancarkan perang dengan siam. Phob, Kesorn dan Mathus perlu bekerjasama untuk menghalang perang dari berlaku.

tapi overall, plot dan jalan cerita lebih kepada light romance antara Phob dan Kesorn. Adakah Phob berjaya menawan hati Kesorn? yang itu kena tengok sendirilah.

Review Movie | Love Destiny The Movie (Netflix)

aku agak kecewa juga sebab ada expectation yang tinggi untuk production value bila dengar Love Destiny nak difilemkan. tapi disebabkan jalan cerita dia kelakar, best la juga melayan disamping strong chemisty antara Bella dan Pope yang menjadi penarik utama filem ini. siapa yang dah tengok drama dia memang rekomen sangat untuk korang tengok Love Destiny The Movie.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments