Madu (TV2) | Sinopsis Telefilem

Madu (TV2) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Madu
Siaran : TV2
Tayangan : 19 Disember 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Taqim Zaki, Amerul Affendi, Han Zalini, Azroy Khairuddin, Noorkhiriah, Ieda Moin, Wanji Aswandi, Diyana Zakaria dan Aman Salleh

Saksikan telefilem Madu lakonan Taqim Zaki, Noorkhiriah dan Amerul Affendi pada 19 Disember 2022, hari isnin jam 9.00 malam di TV2.


Madu (TV2) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Madu

Salwa (Noorkhiriah) dan Muslim (Taqim Zaki) sudah lama berkahwin namun masih belum lagi menerima zuriat. Tura (Ieda Moin) yang merupakan sahabat baiknya, mencadangkan kepada Salwa untuk membenarkan Muslim berkahwin lagi.

Salwa tidak bersetuju sehinggalah dia bermimpi mendapat payung emas, Salwa meminta suaminya mencarikan madu. Muslim yang lurus bendul menyangkakan isterinya mahukan madu lebah lalu meminta bantuan kawannya  untuk mencari madu lebah yang terbaik.

Dengan sokongan Mail (Amerul Affendi), Lan Laga dan Akob Balum, Muslim cuba mendapatkan madu tualang namun misinya bukan mudah. Mereka kemudiannya bertemu dengan Mat Lela yang tinggal di dalam hutan tersebut dan dikatakan gila oleh orang kampung.

Adakah Salwa dapat mencari calon madu terbaik?  Adakah Muslim dan rakan-rakannya berjaya dalam misi mendapatkan madu lebah?


Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Alaaaaa sama masa dengan radio atok di tv 9. Tenguk iklan dia tak boleh sebut madu dalam rumah. Kelakor lah norkhairiah tu

    ReplyDelete