Badi (Astro Citra) | Sinopsis Filem

Badi (Astro Citra) | Sinopsis Filem

Filem : Badi
Produksi : MIG Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 3 Disember 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Azwan Kombos, Adibah Yunus, Hanif Safuan, Sharisa Haris, Navilya Husna, Rashidah Jaafar

Saksikan filem seram Badi lakonan Adibah Yunus, Azwan Kombos dan Rashidah Jaafar pada hari sabtu ini, jam 9.00 malam di Astro Citra.

Baca juga : 

Badi (Astro Citra) | Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Badi

Joe (Azwan Kombos), Faiz (Hanif Safuan), Tania (Sharisa Haris) dan Kila (Navilya Husna) merupakan pelajar perubatan yang sedang menjalani latihan praktikal di sebuah hospital. 

Mereka telah diberi tugasan untuk menjalankan pemeriksaan anatomi terhadap mayat seorang bidan yang telah mati iaitu Mek Nak (Rashidah Jaafar). Semasa proses pemeriksaan dijalankan, keempat-empat pelajar ini telah melakukan banyak perkara yang melanggar etika seorang doktor dan sesama manusia. 

Salah seorang pelajar tersebut telah mengambil kesempatan dengan mencuri harta kepunyaan Mek Nak tanpa pengetahuan rakan-rakan lain. Kesan daripada perkara tersebut, terjadilah beberapa perkara misteri dan menyeramkan selepas mereka terkena badi mayat “Mek Nak”.

Post a Comment

1 Comments