Drama : Angkara Cinta
Produksi : Juita Viden Sddn Bhd
Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Amor Rizan, Rehal Nuharis
Siaran : Astro Prima
Tayangan : 2 November 2020
Episode : 70
OST/Lagu Tema : Siti Nordiana - Angkara
Pelakon : Hun Haqeem, Meerqeen, Wanna Ali, Syazwan Zulkifly, Yuna Rahim, Nina Juren, Normah Damanhuri, Sharifah Shahora, Azhar Amir, Roy Azman, Lydiawati
Angkara Cinta mengisahkan mengisahkan dua remaja berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem. Luqman (Hun Haqeem) Haqeem (Meerqeen) membesar dalam keluarga yang jauh berbeza. Seorang dibesarkan dalam serba kemewahan manakala seorang lagi dalam keluarga miskin.
Mereka bertemu dalam satu perlawanan futsal antara sekolah dan berlaku salah faham sehingga mereka bergaduh. Haqeem pulang ke rumah terpaksa memberitahu mengenai pergaduhan tersebut kerana ibunya asyik bertanya tentang lebam di badannya.
Hal ini menyebabkan Mariani (Nina Juren) terkenang peristiwa lepas apabila anaknya memberitahu terjumpa orang yang mempunyai nama yang sama dengannya.
Pada 18 tahun yang lalu, Mariani berkahwin dengan Razlan kerana dia seorang ibu tunggal dan perlu menyara ibu dan anaknya. Razlan pula dalam dilema apabila emaknya mahu menjodohkan dia dengan gadis lain, dan Mariani tahu mengenai masalah suaminya itu.
Namun, Mariani tidak menyangka Razlan yang begitu baik tiba-tiba menghilangkan diri ketika dia mengandung. Mariani cuba mencari Razlan namun gagal dan terpaksa menerima jodoh mereka tidak berpanjangan.
Semua ini adalah angkara rancangan jahat Puan Liza yang merupakan ibu mertua Razlan. Puan Liza merahsiakan dari pengetahuan anaknya, Indah yang Razlan pernah berkahwin sebelum ini dan memastikan Mariani tidak menganggu keluarga mereka lagi.
Tidak lama selepas itu Indah melahirkan seorang anak lelaki. Mariani melahirkan anak lelaki kembar tapi salah seorangnya meninggal dunia. Razlan pula langsung tidak tahu kewujudan anaknya dengan Mariani.
Luqman dan Hakim kemudiannya berkawan baik dan menyertai Akademi Polis bersama. Hubungan mereka sangat akrab dan berkongsi segala suka dan duka tanpa mengetahui hakikat sebenar yang mereka adalah adik-beradik.
Akhirnya kebenaran terbongkar dan sejak itu hubungan mereka menjadi dingin dan tercetus konflik antara mereka ditambah pula mereka mencintai gadis yang sama iaitu Adira (Wanna Ali).
Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu? Antara Luqman dan Haqeem, siapa yang berjaya memiliki Adira?
0 Comments