Title : Thai Cave Rescue
Director : Baz Nattawut Poonpiriya
Network : Netflix
Release Date : 22 September 2022
Episodes : 6
Duration : 60 minutes
Cast : Beam Papangkorn, Tiger Prachya, Ek Thaneth, Donut Manatsanun, Yaya Urassaya, Tok Supakorn, Nancy Darina, Fresh Arisara, Krit Boo
Based on true story, Thai Cave Rescue mengisahkan 12 ahli pasukan bola sepak Wild Boars bersama jurulatih mereka, Coach Eak (Beam Papangkorn) pergi meneroka gua Tham Luang selepas tamat perlawanan bola sepak pada pagi tersebut.
Selepas sejam berada di dalam gua, mereka terperangkap dan tak dapat keluar kerana paras air yang naik mendadak dan menutup jalan keluar gua tersebut. Coach Eak tiada pilihan apabila dia perlu menenangkan kesemua anak buah dalam masa yang sama bertahan dan cuba mencari jalan keluar dari situ.
Noon (Nancy Darina) yang merupakan pelatih jabatan meteorologi cuba membetitahu tentang ribut yang melanda bahagian Laos yang boleh membawa hujan luar biasa di kawasan utara thai namun Noon tak dapat memberikan fakta yang tepat kerana sistem radar yang mengalami kerosakan dan orang atasan dia juga tak nak ambil risiko mengeluarkan amaran hujan lebat di kawasan tersebut.
Noon cuba memberikan amaran hujan luar biasa yang berlaku kepada Pim (Donut Manatsanun) yang merupakan renjer hutan di kawasan terbabit. Dengan amaran yang lambat dikeluarkan, Pim menyedari ada orang yang terperangkap di dalam gua Tham Luang apabila menemui basikal dan barang milik pasukan Wild Boars di luar pintu gua.
Gabenor Narongsak (Ek Thaneth) yang mengetuai misi pencarian pasukan Wild Boars berusaha menenangkan ahli keluarga mangsa dan memohon bantuan dari pasukan tentera laut Thailand (SEALS). Tapi pasukan SEAL tak mampu nak buat apa kerana mereka tidak mempunyai pengalaman menyelam di kawasan gua yang sempit dan mempunyai arus yang kuat.
Hal ini menyebabkan Gabenor Narongsak terpaksa memohon bantuan dari luar dan lebih ramai sukarelawan yang mempunyai pengalaman tampil untuk menghulurkan bantuan. selepas 9 hari, mereka berjaya menemui 12 ahli pasukan Wild Boars bersama jurulatih mereka dalam keadaan selamat.
namun cabaran sebenar mereka adalah bagaimana untuk membawa kesemua mangsa keluar kerana tiada jalan keluar yang melainkan pintu gua terbabit dan mereka berdepan masalah juga kerana kebanyakkan remaja lelaki terbabit tidak tahu berenang.
kehadiran Kelly (Yaya Urassaya) yang merupakan hydrology engineer juga telah menyedarkan Gabenor Narongsak yang mereka tidak mempunyai banyak masa untuk mengeluarkan kesemua mangsa. ditambah pula dengan cuaca buruk, gua tersebut akan ditenggalami air sepenuh dan ini menyukarkan misi menyelamat tersebut.
dan jika mereka tidak mengeluarkan mangsa dengan segera, mereka perlu menunggu 3 bulan untuk gua tersebut kering sepenuhnya tapi masalah lain adalah mangsa tidak mempunyai bekalan oksigen yang cukup dan boleh menyebabkan mereka mati sesak nafas. kematian seorang pesara tentera bernama Sam juga turut memberi kesan dalam misi tersebut.
Dengan cuaca dan masa yang semakin terhad, mereka terpaksa mengambil cara yang paling berisiko untuk mengeluarkan kesemua ahli pasukan Wild Boars bersama jurulatih mereka.
walaupun dah tahu kronologi pasukan Wild Boars terperangkap di dalam gua Tham Luang tapi masih lagi menarik ditonton apabila dibawa ke ke drama. first dua episod ini pengenalan kepada ahli pasukan Wild Boars dan jurulatih mereka.
baki episod lebih kepada misi menyelamatkan kesemua bangsa, banyaklah cabaran dan rintangan dengan pasukan penyelamat sebab bukan kerja yang mudah dan masing-masing tidak pernah berdepan dengan situasi yang sukar sebegini.
walaupun jalan cerita agak slow sikit tapi best juga tengok bagaimana sukarelawan dari serata dunia tampil untuk menghulurkan bantuan dan bergabung tenaga mengeluarkan kesemua mangsa walaupun cara yang mereka ambil sangat berisiko tinggi dan peluang untuk berjaya sangat tipis. malah penduduk tempatan juga turut bekerjasama untuk meringan beban pasukan penyelamat.
waktu follow kisah ni dulu pun rasa kagum dengan Coach Eak jaga anak buah dia untuk bertahan dalam gua tersebut tanpa makanan dan air sebelum pasukan penyelamat menemui mereka. bila tengok drama lagilah aku rasa emo juga bila Coach Eak nak tenangkan anak buah dia yang panik padahal diri sendiri pun risau dengan keadaan mereka.
bukan nak cakap scene Coach Eak tapi ada juga beberapa scene dalam drama ni yang buat aku touching. adoi hati tisu betul la aku sekarang tapi seriuslah bagi aku banyak scene yang buat touching dalam drama ni.
ini first time aku tengok Beam berlakon terus suka cara dia bawa watak sebagai Coach Eak. tapi seriusly terkejut bila at the end drama kat kredit baru tahu Beam dah meninggal dunia tahu ni pada usia 25 tahun. R.I.P Beam Papangkorn Lerkchaleampote.
so overall, kisah yang menarik untuk ditonton dan penuh emosi, cinematography dalam drama ni cantik. lakonan dari semua pelakon memang mantap terutama sekali Beam dan Ek Thaneth.
Baca juga : Drama Thailand School Tales The Series
1 Comments
Br nk layan gak ni..
ReplyDelete