Sinopsis Drama Aku Pilih Bahagia di TV1


Drama : Aku Pilih Bahagia
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis Skrip : Baizura Kahar
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 3 April 2022
Masa : Setiap Hari | 3 Petang
Episod : 30
Pelakon : Emma Maembong, Alvin Chong, Fizz Fairuz, Bella Dally, Nadya Syahera, Meor Mohd

Aku Pilih Bahagia diadaptasi dari novel Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah yang akan ditayangkan sepanjang ramadhan ini mulai 3 April 2022 menggantikan drama Nurlaila.

Drama Aku Pilih Bahagia mengisahkan rumah tangga Dhiya (Emma Maembong) yang terbina selama empat tahun mula goyah apabila muncul Humaira (Bella Dally). Aidan (Fizz Fairuz) meletakkan kesalahan di bahunya kerana tidak mampu melahirkan zuriat lalu Dhiya membuat keputusan untuk berpisah.

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri (Alvin Chong), Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu. Dhiya berkenalan dengan Arneesa (Nadya Syahera) yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? 

Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri dan memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia juga ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai.

Saksikan kesemuanya dalam drama Aku Pilih Bahagia lakonan Emma Maembong dan Alvin Chong, yang akan bersiaran sepanjang ramadhan ini, jam 3 petang di slot Widuri TV1.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments