Doa Yang Terlindung mengisahkan Anisah (Sharifah Rose) yang bercita-cita menjadi perunding kecantikan namun atas desakan ayahnya Anisah terpaksa menyambung pelajaran dalam bidang agama di Baitul Khadijah.
Anisah berdepan pelbagai cabaran apabila sering ditegur oleh Ustaz Irfan (Firdaus Karim) kerana imejnya yang terlalu menarik perhatian ramai tidak sesuai dengan imej Baitul Khadijah. Hal ini juga menyebabkan Anisah dibuli dan dipulau oleh pelajar lain.
Dalam masa yang sama, Anisah semakin rapat dengan Aiman (Nafiz Muaz) seorang tenaga pengajar baru di situ yang banyak memberi sokongan pada Anisah.
Baitul Khadijah kecoh dengan berita kematian seorang pelajar bernama Laila kerana terlebih dos mengambil ubat keguguran. Ustaz Irfan mengeluarkan kenyataan yang pihak mereka tidak terlibat dengan aktiviti pelajar di luar kampus.
Hal ini mencetus kemarahan Anisah yang merasakan pihak kolej lepas tangan dalam menguruskan kes ini. Anisah rapat dengan Laila dan dari awal lagi di tahu yang Laila mengandung dan Anisah juga tahu Ustaz Irfan tahu tentang hal tersebut.
Anisah cuba mendapatkan kebenaran apabila terjumpa bukti hubungan sebenar Laila dengan Ustaz Irfan namun Anisah diculik dan dirogol sehingga mengandung anak luar nikah. Lebih malang lagi bila dia sendiri tidak tahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal tersebut.
Ustaz Irfan sudah lama bertunang dengan Rabiyatul (Fasha Sanda), anak kepada pengasas Baitul Khadijah, Tuan Haji Mohsein (Mior Hashim Manap) tapi selalu menangguhkan pernikahan mereka.
Suatu hari, Ustaz Irfan terdengar Tuan Haji Mohsein akan menyerahkan sebahagian saham Baitul Khadijah kepada Rabiyatul dan sebahagian lagi kepada dirinya sekiranya mereka berkahwin. Hal ini menyebabkan Ustaz Irfan mahu segera berkahwin dengan alasan mahu meringankan beban Tuan Haji Mohsein yang sibuk dengan perniagaan di luar negara.
Bila dah kahwin Rabiyatul lupa dengan pesan abinya supaya tidak melepaskan haknya. kononnya nak tunjuk taat dan percaya pada suami, Rabiyatul serahkan sahamnya pada Ustaz Irfan untuk menguruskan Baitul Khadijah dan pastu senang je ikut cakap suami buka akaun peribadi dalam menguruskan dana sumbangan awam padahal Rabiyatul tak sedar yang suaminya dah menyeleweng dana tersebut untuk kepentingan diri sendiri.
Selepas lima tahun, Ustaz Irfan semakin dikenali ramai sebagai pendakwah tersohor. Anisah pula baru dapat bukti dan menuduh Ustaz Irfan menyebabkan dia dikecam hebat oleh netizen.
Aiman yang masih sayangkan Anisah cuba membantu Anisah dengan mendapatkan penguam untuk membantu Anisah mendapatkan kebenaran. Malangnya laluan Anisah bukan mudah apabila penguamnya menarik diri dan tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Ustaz Irfan.
Puan Aisha (Sharifah Husna) sebelum ini kalah menentang Ustaz Irfan dalam kes penyelewengan dana tampil membantu Anisah bagi membongkar kebenaran tentang siapa sebenarnya Ustaz Irfan.
Ramai yang kecam Firdaus Karim yang bawa Ustaz Irfan ni sebab tak hensem tapi lakonan dia mantap. bila tengok drama ni aku faham kenapa ada yang tak puas hati iyelah Ustaz Irfan digambarkan Ustaz hot yang menjadi rebutan pelajar di Baitul Khadijah, kalau gini rupanya macam hurmm tak kena. at least kalau tak hensem pun panggillah perunding imej tukar style rambut tu, ini rimas aku tengok lima tahun pun tetap juga setia dengan rambut belah tengah tu macam tak kena dengan rupa.
bab menunggang agama tu hurmm mantap wei. tengoklah macam mana dia psiko bini dia. Rabiyatul bukannya takde syak wasangka kat laki tu tapi bila kena tegur pastu laki bagi dalil dengan hadis terus jadi husnuzon dan taat dengan suami sendiri.
tapi bila satu demi satu bukti kecurangan Ustaz Irfan muncul depan mata, apa tindakan Rabiyatul? itu belum lagi bab menyeleweng dana awam pastu siap jadi bapa ayam, jadikan pelajar perempuan yang terdesak sebagai GRO. pendek cakap hebat betul Ustaz ni menunggang agama.
Tuan Haji Mohsein kembali ke Malaysia bila dia tahu tentang kes Anisah dan menyiasat menantu sendiri bila dia nampak kepincangan Ustaz Irfan dalam menguruskan Baitul Khadijah. Adakah Anisah akan mendapat keadilan untuk dirinya?








0 Comments