Nufa Humairah by Aien Dhiyauddin | Ebook Review

 Nufa Humairah by Aien Dhiyauddin | Ebook Review
Tajuk : Nufa Humairah
Penulis : Aien Dhiyauddin
Mukasurat : 369
Penerbit : HA Novels
Terbitan : 2026

Kisahnya Nufa Humairah menjadi anak angkat Puan Normah selepas ibu bapanya meninggal dunia dalam kemalangan jalan, kemudiannya berkahwin abang angkatnya, Khairil atas permintaan bapa angkatnya.

Nufa bahagia dengan perkahwinannya tapi selepas enam bulan, Nufa terkejut bila Khairil menceraikanya kerana mahu berkahwin dengan cinta pertamanya. Kebahagiaan yang ditunjukkan selama ini hanya lakonan Khairil semata-mata, paling menyakitkan bila Khairil tak boleh terima Nufa mengandung dan menyebabkan Nufa keguguran.

Belum lagi pulih dari trauma dengan perkahwinan pertama, Puan Normah memujuk Nufa untuk berkahwin dengan Mikhael, anak sulungnya kerana tidak mahu Nufa keluar dari rumahnya. Demi ibu angkatnya, Nufa setuju berkahwin dengan Mikhael. Adakah Nufa akan menemui kebahagiaannya?

baca ebook ni menyakitkan hati betul dengan perangai Khairil dan Puan Normah. 

seriuslah Khairil ni kalau kau dah suka orang lain beritahu je la family, apa yang payah sangat. kesian pada Nufa yang jadi mangsa keadaan. pastu kau dah ceraikan isteri kau, hilangkan diri tiba-tiba muncul balik pastu meroyan gila talak nakkan Nufa balik. dasar anak mak!

Punca masalah semua ni adalah Puan Normah kononnya macam prihatin dengan anak-anak tapi sebenarnya pilih kasih pastu sibuk nak mengatur hidup anak-anak ikut telunjuk dia. Terlalu manjakan Khairil sampai anak tu punya perangai kurang ajar giler.

Mikhael pula anak sulung yang sentiasa memenuhi permintaan emaknya. bila emak dia suruh kahwin dengan Nufa, dia ikut je tapi bila emak dia suruh ceraikan Nufa dan serahkan semula pada Khairil, Mikhael sedar yang dia perlu pertahankan isterinya walaupun kena sumpah maki dengan emak sendiri.

Bagi aku kisah cinta Mikhael dan Nufa ni comel sebab masing-masing pernah crush each other tapi itula Nufa takut dengan Mikhael sebab selama ini abang angkatnya seorang ni muka kemain ketat dan garang tapi siapa sangka yang garang tu sebenarnya tak seburuk yang disangka.

Overall, kisah yang menarik dan penuh pengajaran.

**MY RATING: 4/5**


“Adik bencikan dia. Sebab dia, adik tak dapat kahwin dengan perempuan yang adik cinta.” – Khairil

Nufa Humairah mencintai suaminya, Aril, sepenuh jiwa. Namun cinta itu hancur oleh pengkhianatan yang meninggalkan luka paling dalam. Dia diceraikan. Dan lebih kejam, dia kehilangan anak dalam kandungannya.

Kesedihan itu hampir meragut kewarasannya.

“Nufa kahwin dengan along. Jadi menantu ibu balik.” – Puan Normah

Belum sempat lukanya sembuh, bekas emak mentuanya datang dengan satu permintaan yang tidak masuk akal. Menikah semula bukan dalam perancangannya. Apatah lagi dengan lelaki yang selama ini hanya dipanggil… abang ipar.

“Aku tahu kau bencikan adik aku. Tapi jangan kau lupakan jasa ibu aku pada kau. Jangan jadi manusia tak kenang budi.” – Mikael

Kerana hutang budi kepada Puan Normah yang membesarkannya sejak dia kehilangan kedua-dua ibu bapanya, Nufa terpaksa menerima perkahwinan itu.
Mikhael dingin.

Mikhael beku.

Dan perkahwinan itu bermula tanpa cinta.
Namun sedikit demi sedikit… hati yang luka mula belajar menerima.

Tetapi masa lalu tidak pernah benar-benar pergi. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada kesakitan yang belum sembuh. Dan ada cinta lama yang masih meninggalkan bayang gelap dalam hidup mereka.
Sekali lagi takdir hadir menguji hidupnya, memaksa Nufa membuat pilihan yang sukar. Pilihan yang mungkin akan menghancurkan segalanya.

“Aku bencikan kau.” – Nufa

Post a Comment

0 Comments