School Tales The Series (2022) | Review Drama Thailand

Review Drama | School Tales The Series (2022)

Title : School Tales The Series
Director: Mike Phontharis Chotkijsadarsopon, Tum Putipong Saisikaew, Nuttapong Wongkaveepairoj
Network : Netflix
Release Date : 10 August 2022
Episodes : 8
Duration : 49 minutes
Genre : Horror
SINOPSIS:
"School Tales the Series" is a new Thai horror anthology of eight terrifying ghost stories set in schools, crafted by six Thai directors skilled in the art of scaring audiences.

School Tales The Series sebuah siri seram dari Thailand yang menampilkan 8 kisah seram yang berlaku di sekolah. kata orang setiap sekolah ada kisah seram yang tersendiri so adakah kisah seram dalam School Tales mampu bikin merinding.


EPISOD 1 - 7 AM 
(Kay Lertsittichai, Pepo Nutchapan, Care Panisara)

7AM mengisahkan sebuah kelas yang telah disumpah, pelajar dalam kelas tersebut dikehendaki membawa buku teks yang ditulis papan hitam. sekiranya ada pelajar terlupa atau tak dapat cari buku teks dalam sebelum kelas bermula pukul 8, pelajar tersebut akan disumpah dan namanya akan hilang dari ingatan semua orang.

Q menjadi orang penting apabila diminta oleh rakan sekelasnya untuk datang pada awal pagi dan mesej kepada mereka buku apa yang wajib dibawa pada hari tersebut. walaupun Q dah berkorban datang awal tapi ada juga rakan mereka tak puas hati suruh Q datang lebih awal. Q dalam diam tak puas hati juga sebab dia tahu kalau dia datang lagi awal dari pukul 7 kemungkinan dia akan diganggu.

First episod ni sebenarnya berkaitan dengan isu buli dan pelajar dalam kelas Q yang pentingkan diri sendiri, gunakan Q untuk kepentingan diri mereka. tapi seriusly jalan cerita macam tak logik. hantu pun pandai nak remind budak-budak ni suruh bawa buku pastu power betul hantu ni sampai semua orang hilang ingatan langsung tak ingat pasal budak yang hilang tu.

Review Drama | School Tales The Series (2022)

EPISOD 2 - VENGEFUL SPELL
(Jennis Oprasert, Mark Siwat, Noon Pitchatorn)

Vengeful Spell mengisahkan Pleng yang dikecam di media sosial kerana masih tak boleh lagi move selepas bekas teman lelakinya couple dengan Mint. Suatu hari, Mint terjumpa satu kotak dalam bilik stor di sekolah dan didalamnya ada nota yang tertulis kalau tulis nama orang yang kita benci di tapak kaki dan baca mantera tu, orang tersebut akan diganggu sampai mati.

episod dua ni seram juga tapi yang paling seram sebab kita tak tahu hati manuasia. luar nampak baik tapi sebab tak tahan kena kecam sanggup bomohkan kawan. menarik juga plot twist dalam episod ni.

Review Drama | School Tales The Series (2022)

EPISOD 3 - BEAUTIFUL
(Yaimai Shinaradee, Amy Thasorn)

mengisahkan Aim-Orn yang ingin menjadi cantik seperti rakan sekelasnya, Dao dan suatu hari hajatnya tercapai. ada harga yang perlu dibayar Aim untuk terus kekal cantik tapi dia tak boleh beritahu rahsianya kepada orang lain sebab kalau langgar pantang larang ni, nyawa dia yang melayang.

bila Aim dah jadi cantik, Dao pula cemburu sebab ramai yang bercakap tentang kecantikan Aim sampai ejen dia dan cikgu pun dah risik mahu ambil Aim jadi model terbaru mereka. Dao sanggup buat apa sahaja untuk tahu rahsia Aim.

kisah ketiga mengenai perasan cemburu dan nak jadi terbaik dan tercantik. ntahlah jadi hodoh salah  jadi cantik pun tak tenang hidup. pokok pangkalnya adalah hati.

Review Drama | School Tales The Series (2022)

EPISOD 8 - A WALK IN SCHOOL
(Wachirawit Ruangwiwat, Suppapong Udomkaewkanjana)

A Walk in School mengisahkan Boyd yang tidak percaya dengan kewujudan hantu kerana lebih percaya dengan teori sains. Suatu hari, Boyd mengadakan live streaming untuk membuktikan kewujudan hantu ditemani kawannya, Tum.

selalunya orang  yang cakap besar ni dialah yang paling penakut dan teruk kena kacau. cite yang last ni best dan ending dia pun best.

mampu bertahan sampai episod 3 pastu sis give up sebab aneh-aneh sahaja kisah hantu sekolah diorang ni, aku tengok episod last sebab nampak ramai yang cakap best, nasiblah best..haha

Review Drama | School Tales The Series (2022)

dari segi visual memang cantik, bila scene gore nampak menakutkan tapi cgi hantu dia aku tak berapa berkenan. jalan cerita pun tak begitu menarik perhatian aku sangat untuk terus tengok setiap episod. 

dalam School Tales The Series, benda yang paling menakutkan bukan hantu tapi perangai manusia. sampai hilang pertimbangan sampai guna benda syirik ni. mostly cerita dia banyak main isu buli, cemburu tapi episod last tu menarik sebab mengenai persahabatan.

so overall, kalau korang peminat cerita seram bolehlah try menonton School Tales The Series tapi kalau pentingkan jalan cerita memang tak rekomen sangat tengok cite ni nanti jadi macam akulah tak habis membebel pasal perangai budak-budak ni..haha

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments