Drama Thailand | Girl from Nowhere (2018)


Title : Girl From Nowhere
Director : Jatuphong Rungrueangdechaphat
Network : GMM25 / Netflix
Aired : 8 Aug 2018 - 31 Oct 2018
Episodes : 13
Duration : 45 minutes
Cast : Chicha Amatayakul, Gap Thanavate, Pahn Pajaree, O'Neill Thitinan, Meiko Chonnikan, Best Nathasit


Girl From Nowhere mengisahkan Nanno (Chicha Amatayakul) seorang pelajar misteri dan pandai yg selalu berpindah sekolah untuk membongkar kejahatan yg berlaku di kalangan pelajar, guru dan pihak sekolah.


Pelakon utama dalam Girl From Nowhere cuma Chicha Amatayakul sahaja dan setiap episode Nanno akan berpindah ke sekolah yg berbeza, pelakon berbeza dan plot juga berbeza tak berkaitan dengan episode sebelumnya.

aku baru tengok sampai episode 5, apa yg aku boleh komen jalannya nampak unik dan fresh daripada teen drama yg lain dan susah nak tembak apa yg berlaku dalam episode seterusnya since cerita setiap episode tak ada kena mengena.

watak Nanno tu sendiri sebenarnya sangat misteri sebab tak tahu identiti, motif dan tujuan sebenarnya Nanno. dalam episode 2 macam seram giler sebab tak pasti Nanno ni manusia ke hantu tapi dalam episod lain nampak dia normal je.


first episode sangat menarik bila Nanno dedahkan kejahatan yg dilakukan oleh seorang guru yg mengambil kesempatan kepada pelajarnya.

bila masuk episode 2, aku tak berapa suka sangat dengan Nanno ni sebab nampak dia jenis yg manipulative dan suka provok pelajar-pelajar ini. contoh macam Nanno bagi tips suruh budak ni meniru untuk jadi genius sampai budak ni bertindak di luar kawalan.

yg aku faham point dia kat sini, kau kena bertanggungjawab dengan setiap tindakan yg kau ambil, jangan sibuk nak salahkan orang lain sebab yg buat keputusan tu diri sendiri juga.


aku tengok drama ni bila ada mood, itu yg baru sampai episod 5 sebab ada benda yg suka dan tak suka pasal drama ni. overall tak nafikan konsep drama ni sebenarnya sangat menarik buat kita tertanya-tanya apa lagi benda yg Nanno nak buat dalam episode seterusnya.

walaupun identiti Nanno sangat misteri dan psiko tapi yg pasti watak Nanno tu sebenarnya mewakili karma, setiap kejahatan yg dilakukan pasti akan dibalas juga dengan kejahatan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Saya dapat rasakan watak Nanno ni misteri mungkin dia adalah roh yang hidup semula nak membongkar segala kejahatan. Menarik drama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm tak sure tapi ramai yg cakap dia sebenarnya karma pada manusia

      Delete
  2. Nampak gak kat netflix.. Mula ugt cite jepun... Sekali thailand da.. Blm smpt lagi nak tgk.. Mcm menarik

    ReplyDelete
  3. Misteri betul watak dia. Mcm detektif pun ada

    ReplyDelete
  4. Nampak misteri.. confirm best cerita ni 😁

    ReplyDelete