My Lovely Bodyguard (2022) | Review Drama Thailand

My Lovely Bodyguard (2022) | Review Drama Thailand

Title : My Lovely Bodyguard (Huajai Rak Phitak Thoe)
Director : Lakkate Wasikachart
Screenwriter : Kartarhut Bussabpaket, Wannaphorn Ratphitagsanti
Network : GMM One
Aired : 2 May - 13 June 2022
Episodes : 12
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romance, Comedy, Action
Cast : Vill Wannarot, Ken Phupoom, Petch Boranin, Gigie Chanunphat, Ann Siriam, Ak Akarat, Film Chatdao, Typhoon Kanokchat, Duangdao Jarujinda, Fern Passakorn, Tum Warawut, Tok Supakorn

My Lovely Bodyguard (2022) | Review Drama Thailand

My Lovely Bodyguard mengisahkan Thewan (Ken Phupoom), CEO of Siam Palace yang menjadi penjaga dan pemegang amanah untuk anak buahnya, Aek setelah kakak dan abang iparnya meninggal dunia.

Thewan percaya yang kakak dan abang iparnya yang kemalangan mereka dirancang oleh seseorang tapi tak mudah untuk menyiasat bila penjahat begitu licik sembunyikan segala bukti. Sejak hari itu juga, nyawa Thewan dan Aek dalam bahaya apabila mereka menjadi target pembunuh.

Oleh itu, Thewan mengambil Sarapi (Vill Wannarot) sebagai bodyguard dia setelah gadis itu beberapa kali menyelamatkannya.


Sarapi banyak buat kerja part time termasuk bekerja sebagai stuntmant untuk bayar hutang Chormuang. Akhirnya dapat tawaran dari Thewan untuk bekerja sebagai bodyguard.

Walaupun perangai Thewan ni adakalanya menyakitkan hati Sarapi tapi dia sebenarnya terhutang budi juga sebab Thewan tolong biaya pembedahan neneknya. Sarapi sangat komited dengan kerjanya sebab tahu bahaya yang menanti Thewan dan Aek.

My Lovely Bodyguard (2022) | Review Drama Thailand

dari first episod lagi dah boleh tahu siapa penjahat dalam drama ni. macam mana liat nyawa Thewan begitu juga dengan nyawa orang jahat. kemain susun rancangan nak bunuh Thewan tapi semua gagal. kat hujung baru tumbang.

Chormuang (Ann Siriam) tak puas hati bila abangnya, Khanin lantik Thewan sebagai CEO, ingatkan bila dah bunuh Khanin dapatlah harta rupanya tak juga bila segala harta diserahkan kepada Aek dan Thewan sebagai pemegang amanah. wasiat Khanin dengan jelas dah warning yang Chormuang tak boleh sentuh Aek so Thewan yang menjadi target mereka.

Chormuang ada orang suruhan merangkap boyfriend dia iaitu Yorch yang akan buat segala kerja jahat untuk dia. biasalah orang kaya ni bila ada duit, polis pun dia boleh beli so sebab tu Chomuang makin berani dan licik.

My Lovely Bodyguard (2022) | Review Drama Thailand

Waynai (Petch Boranin) yang menyiasat kes kemalangan ibu bapa Aek menemui jalan buntu apabila tidak menemui bukti untuk mengaitkan dengan pembunuh dan bila dia cuba soal siasat Chormuang, kerja Waynai terhalang bila orang atasan suruh stop siasat wanita terbabit. jadi Waynai buat keputusan untuk bekerjasama dengan Thewan untuk mencari bukti kerja kotor Chormuang.

sebenarnya Waynai ada hati pada Sarapi so dia kena bersaing dengan Thewan untuk pikat hati Sarapi. dalam masa yang sama, Khaisaeng (Gigie Chanunphat) yang merupakan kawan baiknya juga pun dah lama suka Waynai.

My Lovely Bodyguard (2022) | Review Drama Thailand

Drama My Lovely Bodyguard lebih kepada light rom-com, banyak side characters dia yang best dan kelakar macam nenek dan kawan baik Sarapi. paling suka dengan lakonan Vill sebagai Sarapi sebab sebelum ni aku banyak tengok dia pegang watak yang ayu dan lemah lembut gitu tapi watak dia dalam ni sangat strong, bijak dan penuh dengan aksi.

Chemistry Vill dan Ken memang mantap, bila tengok scene diorang dua mesti rasa berbunga-bunga gitu..haha. Overall, plot My Lovely Bodyguard bukan something yang fresh dan strong but still enjoyable kalau korang cari drama romantik komedi yang ringan.

Tonton Online : My Lovely BodyGuard (GMM ONE)


Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. wahhhh genre romance, comedy,action best juga layan hehehe

    ReplyDelete
  2. layannns., กินข้าวยัง? ;p

    ReplyDelete
  3. suka heroine yg strong & badass..

    ReplyDelete