Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

Title : Love Between Fairy And Devil
Director : Yi Zheng 
Screenwriter : Bai Jin Jin
Network : iQiyi/Netflix
Aired : 7-29 August 2022
Episodes : 36
Duration : 45 minutes
Genre : Comedy, Romance, Wuxia, Fantasy
Cast : Yu Shu Xin, Dylan Wang, Zhang Ling He, Xu Hai Qiao, Cristy Guo, Charles Lin

Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

Love Between Fairy and Devil mengisahkan Fairy Orchid (Yu Shu Xin) yang menjaga buku nasib di Dewan Wasit setelah gurunya merantau seribu tahun yang lalu. Orchid ada matlamat untuk ambil peperiksaan fairy untuk menjadi dayang kepada Dewa Perang Chang Heng (Zhang Li Heng) walaupun tahu ramai saingannya dan kuasa dia sangat lemah.

Suatu hari, Orchid secara tak sengaja terbaca buku nasib Chang Heng dan cuba menyelamatkan dewa tersebut. malangnya dia terkunci dalam penjara Hoution dan bertemu dengan Dongfang Qing Cang (Dylan Wang).

Sewaktu dalam penjara tersebut, berlaku kejadian aneh antara Orchid dengan Qingcang namun pada akhirnya Orchid berjaya melepaskan diri dari penjara tersebut termasuk Qingcang yang telah dikurung di situ berpuluh ribu tahun lamanya.


Dalam Love Between Fairy And Devil, ada tiga tribe iaitu Moon Tribe (Devil), Shuiyuntian (Fairy) dan mortal tribe. Dongfang Qing Cang merupakan ketua Moon Tribe yang sangat berkuasa sehingga mampu menakluk tribe yang lain dan dikatakan sangat kejam dan tidak mempunyai perasaan sehingga sanggup membunuh bapanya sendiri.

Sewaktu perang antara Moon Tribe dan Shuiyuntian pada 30000 tahun yang lalu, Dewi Perang Chi Di sanggup mengorbankan dirinya untuk menghapuskan bala tentera Moon Tribe dan Dongfang Qing Cang. tapi Qingcang ni makhluk abadi yang tak akan mati so roh dia telah dikurung di Menara Houtian.

Orchid yang terkunci dalam Houtian secara tak sengaja telah mengumpulkan kembali roh Qing Cang dan membebaskannya dari situ. secara tak sedar juga Orchid telah mengenakan sumpahan Xishan yang sangat kuat sehingga Qing Cang sendiri tak boleh membebaskan dirinya dari sihir tersebut.


Ikutkan selepas berjaya membebaskan diri, Qingcang merancang untuk menguasai semula Moon Tribe dan seluruh alam kayangan tapi rancangannya tergendala disebabkan sumpahan Xishan ni yang mana kalau Orchid cedera dia juga turut tercedera, kalau Orchid mati dia pun akan mati jadi tiada pilihan bila dia kena protect Orchid sebaik mungkin.

Dipendekkan cerita, Orchid dituduh menjadi pengkhianat bersubahat dengan suku bulan dan diperintah bunuh oleh Raja Shuiyuntian. Qingcang menyelamatkan Orchid dan membawa Orchid tinggal bersama di istananya di Laut Changyan.

Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

Dari awal lagi, Orchid sangat suka dengan Dewa Perang Shuiyuntian iaitu Changheng tapi tahu kedudukannya. Dalam diam juga, Changheng sebenarnya dah lama suka dengan Orchid tapi terpaksa sembunyikan perasaannya untuk melindungi Orchid.

bila Orchid dibawa lari ke Laut Changyan, Changheng cuba membawa Orchid pula tapi tak berjaya. Dongfang Qinchang sendiri beritahu yang Orchid akan selamat kalau bersama dengannya tapi kalau kembali semula ke Shuiyuntian bolehkah Changheng melindungi Orchid sedangkan abang dia nak bunuh Orchid. 

jadi apa lagi pilihan yang Changheng ada selain pulang dengan kekecewaan bila tak mampu melindungi orang yang dicintai.

Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

semua pelakon dalam drama ni, muka yang aku tak berapa familiar termasuk Dylan Wang tapi aku suka dengan lakonan dia dan watak yang dibawa oleh Dylan sebagai Dongfang Qinchang sebenarnya agak berat. watak ni digambarkan Raja Bulan yang berkuasa dan tidak mempunyai sebarang emosi tapi disebalik semua itu ada konflik dalamannya sendiri.

Kehadiran Orchid dan sumpahan Xishan banyak membawa perubahan pada Qingchang sehingga jatuh cinta pada Orchid dan merasa semula emosi yang telah lama hilang dalam dirinya.

tapi watak Orchid ni agak slow dia punya progress sebab dari awal dah mention Orchid ni ada hidden identiti tapi kat hujung nak masuk episod 30 baru terbongkar identitinya sebagai Goddess of Xishan yang mempunyai peranan sendiri dalam mendamaikan dua suku yang telah lama berperang.

Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

drama ni pun dah namanya Love Between Fairy and Devil mestilah mengenai kisah cinta Devil dan Fairy, kisah cinta terhalang kerana Moon tribe dan Shuiyuntian bermusuhan dan selalu berperang dan rakyat Qingchang tak boleh terima Orchid sebagai permaisurinya.

Permusuhan antara Moon tribe dan Shuiyuntian berlarutan berpuluh ribu tahun lamanya lebih teruk bila ada yang mengambil kesempatan sehingga pendamaian sukar dilakukan antara dua suku ni. Qingchang kemudiannya menyedari yang Haishi adalah dalang dan banyak manipulasikan keadaan keadaan. nasib baik baik juga Changheng mahu bekerjasama dengan Qingchang menyelesaikan masalah ini.

Love Between Fairy And Devil (2022) | Review Chinese Drama

bila tengok drama wuxia ni aku memang tak letak expectation yang tinggi dengan ending dia sebab mostly drama wuxia yang aku tengok sebelum ni pengakhirannya sangat menyakitkan hati. sakit hati jugalah dengan drama ni pun..haha

plotnya agak slow juga sampa aku tengok guna speed paling laju. chemistry antara Dylan dan heroinnya memang best walaupun adakalanya watak Orchid ni agak annoying. overall, still drama yang menarik untuk ditonton.

Baca juga : 

Post a Comment

3 Comments

  1. Akak pun dah tengok drama nie sebab Dylan Wang jea.. hihi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul betul..best tengok acting dia dalam drama ni :)

      Delete
  2. Hype betul drama ini.. Sha suka costume dia tapi tak sempat lagi nak tengok..

    ReplyDelete