Title : Little Women
Director : Kim Hee Won
Screenwriter : Jung Seo Kyung
Network : Netflix
Aired : 3 September - 9 October 2022
Episodes : 12
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Thriller, Mystery
Cast : Kim Go Eun, Nam Ji Hyun, Park Ji Hoo, Wi Ha Joon, Uhm Ki Joon, Uhm Ji Won, Kim Mi Sook, Kang Hoon, Jeon Chae Eun, Gong Min Jung, Oh Jung Se, Choo Ja Hyun
Little Women mengisahkan tiga beradik iaitu Oh In Joon (Kim Go Eun), Oh In Kyung (Nam Ji Hyun) dan Oh In Hye (Park Ji Hoo) yang membesar dalam keluarga miskin dan serba kekurangan. Disebabkan ayah mereka lari kerana hutang dan emaknya pula tak boleh diharap, In Joon sebagai kakak sulung bertanggungjawab untuk memastikan adiknya hidup selesa dan mencapai impian mereka.
Konflik dalam drama ni bermula apabila tiga beradik ini secara tidak langsung terlibat dengan keluarga kaya Park Jae Sang (Uhm Ki Joon).
Oh In Joon dipulaukan oleh rakan sekerjanya kerana status dirinya dari golongan miskin dan Jin Hwa Young (Choo Ja Hyun) merupakan satu-satu kawan baiknya di situ yang sering berkongsi tentang kerjanya sebagai bookkeeper dan juga tumbuhan orkid yang dijaganya.
Suatu hari, In Joon menemui mayat Jin Hwayoung dan yang paling mengejutkan apabila In Joon dapat tahu Hwayoung menggelapkan duit syarikat sebanyak 70million. In Joon tekad untuk menyiasat misteri di sebalik kematian Hwa Young, dalam masa yang sama muncul Choi Do II (Wi Ha Joon) yang mendakwa dirinya juga rapat dengan Hwayoung dan sedang mencari di mana Hwayoung menyembunyikan duit tersebut.
Dalam penyiasatan tersebut, In Joon mendapati kematian Hwa Young ada kena mengena dengan Park Jae Sang seorang ahli politik yang berpengaruh.
Oh In Kyung seorang wartawan di sebuah stesen penyiaran cuba membongkar sisi gelap yang disembunyikan oleh Park Jae Sang dari masyarakat tapi bukan mudah untuk membongkarkan sebuah kebenaran. emosi In Kyung jadi tak stabil bila tahu adiknya berkawan baik dengan anak Park Jae Sang.
Dalam masa yang sama, In Kyung bercanggah pendapat dengan In Joon bila dapat tahu kakaknya menyembunyikan wang sebanyak dua million milik Hwa Young. bagi In Joon, wang tersebut haknya dan dia mahu mengubah nasib keluarga mereka dengan wang tersebut.
tapi In Kyung tak setuju sebab dia sebagai wartawan cuba melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh ahli politik so dia tak boleh pejam mata bila kakak sendiri nak guna duit yang datang dari sumber haram.
aku decide tengok drama ni sebab plot untuk first episod agak menarik sebab banyak misteri terutama sekali tentang kematian Hwa Young tapi sejujurnya bila sampai episod 4 susah juga aku nak masuk dengan drama sebab tak faham dengan jalan ceritanya dan mostly watak dalam drama ni agak stupid.
In Joon ni watak yang terpaling naif dan stupid sebab paling senang percaya orang dan paling senang kena manipulate. sebagai kakak sulung dia cuba bagi keselesaan pada adiknya tapi at the end aku cuma boleh nampak In Joon terlalu desperate dengan duit. tak payah nak berangan sampai ke bintang sangat kalau semua aset yang bawah nama kau sebenarnya bukan harta kau pun.
In Kyung yang boleh nampak bijak sikit dan cuba membongkar kebenaran tapi tindakkannya banyak yang kurang bijak. In Hye pula paling annoying sebab cuba nak masuk dalam keluarga Park Jae Sang sampai sanggup ketepikan kakak sendiri.
Park Jae Sang seorang ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membina imej yang positif di mata masyarakat. so bila Oh In Kyung cuba membangkitkan isu buruk mengenai dirinya memang dia takkan duduk diam.
dari awal nampak macam Park Jae Sang ni mastermind tapi yang psiko sebenarnya isterinya, Won Sang-A (Uhm Ji Won). Won Sang-A menggunakan In Hye dan In Joon untuk kepentingan diri dan keluarganya.
walaupun drama ni agak hybe tapi tak masuk dengan jiwa aku. plot cerita bermula dengan menarik di awal cerita tapi makin serabut dan tak realistik. masalah utama aku dengan drama ni sebenarnya banyak wataknya langsung tak consistent dan kurang bijak.
5 Comments
hype jg drama ni sbb ada shooting di Singapore...tapi kalau watak pompuan kurang bijak, rasa an insult to the mind...letih minda nak hadamkan...
ReplyDeletekat netflix, 2 movie tajuk yg sama..
letih juga tengok bila main lead kurang cerdik..
Deletebaru plan nak tgk sementara tggu one dollar lawyer hehehe
ReplyDeletep/s tiara sihat ke tuuu?
ReplyDeletesakit hati..haha:P
Delete