Little Women (2022) | Review Drama Korea

Little Women (2022) | Review Drama Korea

Title : Little Women
Director : Kim Hee Won
Screenwriter : Jung Seo Kyung
Network : Netflix
Aired : 3 September - 9 October 2022
Episodes : 12
Duration : 1 hour 10 minutes
Genre : Thriller, Mystery
Cast : Kim Go Eun, Nam Ji Hyun, Park Ji Hoo, Wi Ha Joon, Uhm Ki Joon, Uhm Ji Won, Kim Mi Sook, Kang Hoon, Jeon Chae Eun, Gong Min Jung, Oh Jung Se, Choo Ja Hyun

Little Women (2022) | Review Drama Korea

Little Women mengisahkan tiga beradik iaitu Oh In Joon (Kim Go Eun), Oh In Kyung (Nam Ji Hyun) dan Oh In Hye (Park Ji Hoo) yang membesar dalam keluarga miskin dan serba kekurangan. Disebabkan ayah mereka lari kerana hutang dan emaknya pula tak boleh diharap, In Joon sebagai kakak sulung bertanggungjawab untuk memastikan adiknya hidup selesa dan mencapai impian mereka.

Konflik dalam drama ni bermula apabila tiga beradik ini secara tidak langsung terlibat dengan keluarga kaya Park Jae Sang (Uhm Ki Joon).

Little Women (2022) | Review Drama Korea

Oh In Joon dipulaukan oleh rakan sekerjanya kerana dari golongan miskin cuma Jin Hwa Young (Choo Ja Hyun) yang sudi berkawan dengannya. Hwa Young bekerja sebagai bookeeper banyak berkongsi tentang tugasnya dan orkid yang dijaganya.

Suatu hari In Joon menemui mayat Hwayoung, paling mengejutkan bila tahu Hwa Young menggelapkan duit syarikat sebanyak 70 million. In Joon tekad menyiasat misteri di sebalik kematian Hwa Young, dalam masa yang sama muncul Choi Do II (Wi Ha Joon) mendakwa dirinya juga rapat dengan Hwayoung dan sedang mencari di mana Hwayoung menyembunyikan duit tersebut. 

Dalam penyiasatan tersebut, In Joon mendapati  kematian Hwa Young ada kena mengena dengan Park Jae Sang seorang ahli politik yang berpengaruh.

Little Women (2022) | Review Drama Korea

Manakala adiknya, Oh In Kyung seorang wartawan di sebuah stesen penyiaran mahu membongkar sisi gelap yang disembunyikan oleh Park Jae Sang dari masyarakat tapi bukan kerja mudah. Emosi In Kyung pula tak stabil ditambah pula dapat tahu adiknya berkawan baik dengan anak Park Jae Sang.

Bila tahu In Joon menyembunyikan wang 2 million milik Hwa Young, In Kyung langsung tak setuju walaupun In Joon nak guna duit tersebut untuk mengubah nasib keluarga mereka.

Sebagai wartawan yang membongkar isu penyelewengan ahli politik, In Kyung tak boleh pejam mata dengan tindakan In Joon yang mahu menggunakan duit yang sah-sah datang dari sumber haram.

Little Women (2022) | Review Drama Korea

First episode nampak best sebab banyak persoalan dan msteri terutama sekali mengenai kematian Hwa Young. tapi bila sampai episod 4 susah juga aku nak masuk dengan jalan ceritanya sebab tak faham dan banyak watak dia yang kurang bijak.

In Joon watak yang terpaling naif dan stupid sebab paling senang percaya orang dan paling senang kena manipulate. sebagai kakak sulung dia nak bagi keselesaan pada adiknya tapi at the end aku cuma boleh nampak In Joon terlalu desperate dengan duit. tak payah nak berangan sampai ke bintang sangat kalau semua aset yang bawah nama kau sebenarnya bukan harta kau pun. 

In Kyung nampak bijak sikit sebab dia berusaha membongkar semua rahsia gelap tapi banyak tindakannya kurang bijak dan agak emosi tapi paling menyampah dengan In Hye sebab sanggup ketepikan kakak kandung sendiri sebab nak masuk dalam keluarga Park Jae Sang.

Little Women (2022) | Review Drama Korea

Park Jae Sang seorang ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk membina imej yang positif di mata masyarakat. so bila Oh In Kyung cuba membangkitkan isu buruk mengenai dirinya memang dia takkan duduk diam.

Permulaan cerita  ingatkan Park Jae Sang ni mastermind tapi yang psiko sebenarnya isterinya, Won Sang-A (Uhm Ji Won). Won Sang-A menggunakan In Hye dan In Joon untuk kepentingan diri dan keluarganya.

Little Women (2022) | Review Drama Korea

walaupun drama ni agak hybe tapi tak masuk dengan jiwa aku. plot cerita bermula dengan menarik di awal cerita tapi makin serabut dan tak realistik.  masalah utama aku dengan drama ni sebenarnya banyak wataknya langsung tak consistent dan kurang bijak.

Post a Comment

5 Comments

  1. hype jg drama ni sbb ada shooting di Singapore...tapi kalau watak pompuan kurang bijak, rasa an insult to the mind...letih minda nak hadamkan...

    kat netflix, 2 movie tajuk yg sama..

    ReplyDelete
  2. baru plan nak tgk sementara tggu one dollar lawyer hehehe

    ReplyDelete