Club Friday The Series 14 : Love Tragedy (2022) | Review Drama Thailand

Club Friday The Series 14 : Love Tragedy (2022) | Review Drama Thailand

Title : Club Friday The Series 14 : Love Tragedy (Khon Kin Faen)
Director : Pantip Vibultham
Network : GMM One
Aired : 19 Aug - 16 Sept 2022
Episodes : 5
Duration : 55 minutes
Cast : Bua Nalinthip, Mai Warit, Beau Thanakorn, Nim Kanuengpim, Pim Latkamon,Orn Ornanong

Club Friday The Series sebuah drama bersiri pendek yang diambil dari kisah benar yang dikongsikan oleh pendengar melalui satu program radio popular bertajuk Club Friday.

Club Friday The Series 14 : Love Tragedy (2022) | Review Drama Thailand

He believes in love. She believes that if she loves anyone... everyone will die.

Love Tragedy/ Love and Belief mengisahkan Mook (Bua Nalinthip) yang trauma untuk bercinta lagi dan masih menyalahkan diri sendiri setelah tiga orang kekasihnya meninggal dunia. 

bekerja sebagai jururawat di bahagian unit kecemasan sangat mengganggu emosi Mook apabila berdepan dengan kematian pesakit yang dirawatnya.

Club Friday The Series 14 : Love Tragedy (2022) | Review Drama Thailand

Tawan (Mai Sarit) seorang atlet taekwondo yang dimasukkan ke hospital kerana kecederaan di kaki. Setelah melihat Mook, Tawan berminat untuk mendekati Mook kebetulan pula sepupunya, Parn (Pim Latkamon) berkawan baik dan bekerja satu department dengan Mook senanglah dia nak korek cerita pasal Mook.

Parn bagi warning sebab tak nak nasib malang menimpa Tawan namun Tawan tak percaya dengan hal tersebut. Walaupun Mook asyik reject dia tapi Tawan tetap tak berputus asa untuk mendekati Mook.

Club Friday The Series 14 : Love Tragedy (2022) | Review Drama Thailand

bagi aku, perangai Tawan ni adakalanya agak annoying. orang dah cakap tak nak tetap juga tak faham bahasa. pastu tak reti nak jaga diri sendiri, berlatih sampai memudaratkan diri dan ambil mudah bila ditimpa kemalangan kecil. macam manalah Mook nak percaya dan yakin yang relationship dia kali ni akan baik-baik saja.

kesian sebenarnya dengan Mook, siapa yang tak trauma kalau semua kekasihnya mati. bukan senang nak move on bila diri masih lagi dihantui dengan peristiwa silam yang tragis. tapi hidup ni terlalu pendek dan Mook berhak menemui kebahagiannya.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments