Title : Roy Leh Marnya
Another Title : Deceitful Love
Network : Channel 3 / WeTV
Aired : 5 October 2020 - 30 November 2020
Episodes : 17
Duration : 1 hour 30 minutes
Cast : Bella Vanita, Pope Thanawat, Louis Scout, Wawaa Nichari,Wiragam Seneetunti, Bua Wansiri, Phet Thakrit, Jackie Jacquelina, Baan Khanut
Pope dan Bella pernah digandingkan dalam drama Bpoop Phaeh Saniwat sebelum ini, drama tersebut meletops so ramai juga peminat yg suka chemistry pasangan ini dan berharap mereka dapat bekerjasama sekali lagi termasuklah aku..haha
Roy Leh Marnya mengisahkan Pitcha (Bella Vanita) berkahwin dengan anak orang kaya bernama Max (Louis Scott), Pitcha juga mempunyai syarikat sendiri hasil sokongan mak mertuanya iaitu Madam Runya.
luarannya ramai mencemburui kehidupan Pitcha yang nampak bahagia dengan suami dan keluarga mertuanya tapi ramai yang tidak menyedari Pitcha makan hati dengan perangai playboy suaminya itu ditambah pula Madam Runya sebelahkan anak dia dan Pitcha disalahkan bila terlalu emosi pergi serang skandal Max. isteri mana boleh sabar kalau penyondol dengan bangga dok canang tengah bahagia dengan laki kau.
apa guna kalau ada duit tapi setiap hari hidup berendam air mata dan stress dengan perangai suami dan mak mertua. sampai satu tahap Pitcha tak dapat tahan lagi hingga dia nekad untuk tuntut cerai.
satu benda lagi benda yg buat Pitcha stress ialah perangai mak mertua dia yang queen control tu. Madam Runya tak suka reputasi keluarga dia terjejas sebab tu Madam Runya akan cari jalan supaya Picha tidak bercerai dengan Max.
Pitcha beruntung kerana mempunyai ramai kawan baik yang selalu menyokong dirinya setiap kali dia mempunyai masalah. scene kawan-kawan dia yg buat aku terhibur bila tengok drama ni, tak sabar nak tengok Mint dan Bell punya love story..haha
dalam masa Pitcha cuba selesaikan masalah Pankaew (perempuan simpanan Max), dia tak sedar kawan dia iaitu Nim cuba porak perandakan hidup Pitcha dan goda Max, Nim dari awal boleh nampak Nim ni macam something tau, bila Pitcha tengah bengang dengan skandal Max, dia punya nasihat macam bikin keadaan lagi panas padahal orang lain sibuk nak tenangkan Pitcha.
tapi tak sangka juga yg Nim dari awal memang jealous dengan Pitcha, dia punya psiko tu sampai sanggup kebas lepas tu buat cerita kesian yg dia buat semua tu sebab cinta. aku rasa lepas Pitcha tahu pasal Nim mengandung dengan Max memang dia tak boleh nak terima perangai dua ekor ni yg tikam dia dari belakang. dalam episode 6 Max dah terima karma dia so kita tengok apa jadi pada Nim nanti.
Ramin pula seorang penguam yg baru balik dari luar negara dan menolong menguruskan penceraian Pitcha dan Max. sebenarnya Ramin dan Pitcha sekampung tapi depa ni macam anjing dan kucing tak habis bergaduh lagi satu Ramin pula kuat menyakat macam mana Pitcha tak menyampah dengan dia.
Ramin dah lama simpan perasaan pada Picha tapi tak tahulah kenapa dia tak pernah nak beritahu pada Picha. aishhh Ramin ni baik giler dah la selalu tersenyum, cair pula tengok khun Ramin ni..haha
tapi geram juga bila Ramin nak tolong perbaiki hubungan Pitcha dengan Max lepas Max merayu dan beritahu masih sayang lagi pada isterinya. bila nak tengok hero dan heroin bercinta pun tak tahu..huhu
start episode 6 drama ni dah makin menarik tapi sebabkan drama ni tengah tayang jenuh nak tunggu subtitle untuk episode 7. drama Roy Leh Marnya ditayangkan di aplikasi WeTV tapi di Malaysia tak dapat aksess terpaksa tengok kat tempat lain. kalau siapa yg ada vpn bolehlah try tengok kat situ.
banyak lagi persoalan yg belum terjawab dalam drama ni, aku tertanya apa hubungan sebenar Pitcha dan Nim sebab family Pitcha dah sayang Nim macam anak sendiri. yg paling curious siapa sebenar Ramin ni sebab dari kecil dia tinggal kat ladang dengan macik dia padahal family kaya tapi tak pernah sekali pun mention. kalau rajin nanti aku akan update balik post ni lepas habis tengok drama ni nanti.
12 Comments
kenapa drama best je akwen ngan orang kaya...wuaaa mau jugaaa
ReplyDeleteDuit banyak, hidup tak bahagia tak best juga..buat stress je..haha
DeleteAda duit, tapi stress sokmo rasa mcm tak berkat pulak. Haha Mak mentua pulak tak sporting. Macam....... hurm. k nak tau ending dia jugak.
ReplyDeletekan macam tak berkat pula hidup, stress memanjang..
Deleteadoi aien lawak pula bila dengar ayat ni dalam cite siam..hahaha
Lama gila tak tengok drama/movie thai. last tengok cerita ape entah genre komedi seram tu.
ReplyDeletebanyak drama thai yg best sekarang ni..hehe
DeleteDrama ongoing eh Tiara.. Complicated betul bila suami kaki perempuan, kawan baik tikam belakang, mak mertua psiko.. mahu sakit hati nengok drama ini.. hehehe..
ReplyDeleteiye ongoing drama kak sha..memang sakit hati la layan drama ni tapi saya suka hero dan heroin dia, itu yg syok melayan..haha
Deletemasa sekolah dulu suka layan cerita thai ni. suka tengok diorg bercakap..cakap kuat2 mcm jerit2 tu..padahal bukan bgaduh pun..hihi
ReplyDeleteMuka heroin dia macam muka pelakon Full House Thai tu 😆
ReplyDeleteBukan kawan Tiara ، tapi adik beradik , Aim ingat Nim ni anak perempuan simpanan ayah dia, rupanya bukan, Nim ni anak mak dia dengan lelaki lain, sampai ke sudah tak tahu siapa bapak dia. Ramil dalam cerita ni so soft. Rupanya ada kisah silam jugak Ramil ni. Ramil sangat gentle. Suka pope ni berlakon
ReplyDeletesaya tulis review ni sebelum tahu pasal hubungan sebenar Aim dan Nim..hehe
Delete