10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Drama bertemakan romantik komedi selalunya menjadi pilihan ramai, walaupun jalan cerita recycle benda yang sama tapi kalau barisan pelakonnya best dan ada hubungan kimia yang mantap memang best tengok waktu santai-santai.

Kalau korang bosan dengan drama korea bolehlah sekali sekali beralih angin tengok pelakon-pelakon yang hensem dan cantik dari Turki pula. Berikut 10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi yang sis recommend untuk korang.

Kat mana nak tonton semua drama turki ni? paling senang boleh terus google, kalau malas boleh cari di youtube.

1. Kiralik Ask (Love For Rent)


Pelakon : Elçin Sangu, Baris Arduç, Salih Bademci, Nergis Kumbasar, Sanem Yeles
Tayangan : 2015
Episod : 69

Sinopsis : Defne yang terdesak kerana hutang abangnya terpaksa menerima tawaran lumayan demi wang. Misi Defne adalah dia perlu membuatkan Omer seorang pereka kasut yang memiliki syarikat sendiri jatuh cinta kepada dirinya.



2. Cilek Kokusu (Strawberry Smell)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Demet Özdemir, Yusuf Çim, Ekin Mert Daymaz, Mahir Günsiray, Mine Tugay
Tayangan : 2015
Episod : 23

Sinopsis : Asli seorang gadis yang suka membuat pastri menerima tawaran kerja di Bodrum bersama kawan baiknya malangnya mereka telah ditipu dan tidak mempunyai wang untuk pulang semula ke Instabul.

Asli kemudiannya dapat mencari kerja di sebuah hotel berdekatan dan bertemu dan berkawan baik dengan Burak tanpa mengetahui lelaki itu adalah pemilik hotel tersebut.



3. Kiraz Mevsimi (Cherry Season)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Ã–zge Gürel, Serkan Çayoglu, Nilperi Sahinkaya, Daghan Külegeç, Nihal Isiksaçan, Aras Aydin
Tayangan : 2014
Episod : 59

Sinopsis : Oyku mempunyai impian untuk menjadi pereka fesyen terkenal. Oyku dalam diam menyukai abang kepada kawan baiknya iaitu Mete sejak kecil lagi tapi kecewa apabila lelaki itu mencintai gadis lain.

Dalam satu insiden, Oyku bertemu dengan Ayaz yang juga merupakan kawan baik kepada Mete dan kemudiannya berpura-pura menjadi kekasih Ayaz.



4. Ask Laftan Anlamaz (Love Doesn't Understand Words)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Hande Erçel, Burak Deniz, Elcin Afacan, Özcan Tekdemir, Oguzhan Karbi
Tayangan : 2016
Episod : 31

Sinopsis : Hayat yang terdesak menerima tawaran kerja sebagai pembantu Murat dengan menggunakan identiti orang lain. Murat kemudiannya jatuh cinta dengan Hayat tanpa mengetahui gadis itu menyembunyikan satu rahsia besar.

Review Drama : Ask Laftan Anlamaz


5. Dolunay (Full Moon)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Ã–zge Gürel,  Can Yaman, Hakan Kurtas, Necip Memili, Alihan Türkdemir, Öznur Serçeler
Tayangan : 2017
Episod : 26

Sinopsis : Ferit seorang ahli perniagaan terkenal mengambil alih hak penjagaan ke atas anak buahnya setelah abang dan kakak iparnya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Ferit terpaksa mengambil semula Nazli bekerja dengannya selepas memecat gadis tersebut kerana anak buahnya sangat rapat dengan Nazli. Ferit membuat keputusan untuk mengahwini Nazli untuk mendapat hak penjagaan yang sah ke atas Bulut.

Review Drama : Dolunay (Full Moon)


6. Sen Cal Kapimi (You Knock On My Door)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Hande Erçel, Kerem Bürsin, Evrim Dogan, Anil Ilter, Elcin Afacan
Tayangan : 2020
Episod : 52

Sinopsis : Serkan menawarkan kepada Eda untuk menjadi kekasih kontraknya selama dua bulan dengan harapan dapat membuatkan bekas kekasihnya cemburu.



7. Erkenci Kus (Daydreamer)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Can Yaman, Demet Özdemir, Ã–znur Serçeler, Berat Yenilmez, Özlem Tokaslan
Tayangan : 2018
Episod : 51

Sinopsis : Saneem yang bercita-cita mahu menjadi penulis terkenal terpaksa bekerja di kedai runcit milik bapanya selepas permohonan kerjanya ditolak. Ibu bapanye memberi dua pilihan kepada Saneem sama ada mendapatkan kerja tetap atau berkahwin dengan lelaki pilihan mereka.

Dengan bantuan kakaknya, Saneem berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat pengiklanan dan jatuh cinta dengan Can yang juga merupakan majikannya.

8. Atesbocegi (Firefly)


Pelakon :  Seckin Ozdemir, Nilay Deniz, Sevda Guven, Cagri Citanak
Tayangan : 2017
Episod : 17

Sinopsis : Baris seorang penguam yang berjaya jatuh cinta dengan pemandu peribadinya, Asli yang bekerja keras untuk menyara hidup keluarganya.


9. Love 101

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Alina Boz, Mert Yazicioglu,  Kubilay Aka, Selahattin Pasali,  Ipek Filiz Yazici, Pinar Deniz, Kaan Urgancioglu
Tayangan : 2020
Episod : 16

Sinopsis : Berlatarkan tahun 1998, sekumpulan remaja bekerjasama dalam satu misi untuk membuatkan guru kesayangan mereka jatuh cinta dengan seorang jurulatih basketball supaya guru tersebut tidak berpindah ke tempat lain.

10. Ada Masali (Be My Sunshine)

10 Drama Turki Bertemakan Romantik Komedi

Pelakon : Ayça Aysin Turan, Alp Navruz, Nihan Büyükagaç,  Ipek Tenolcay, Bülent Çolak
Tayangan : 2021
Episod : 23

Sinopsis : Haziran seorang gadis bandar yang mempunyai kerjaya yang bagus telah diarahkan oleh majikannya untuk pergi ke sebuah pulau kemudiannya bertemu Poyraz, lelaki yang suka dengan kehidupan sederhana.

Post a Comment

2 Comments

  1. tgh marathon Day Dreamer! hehehe

    ReplyDelete
  2. drama turki ni panjang sgt hehehe lelah jg nk habiskan. sbb tu sy prefer tgk yg keluar kt tv je. kalau movie tak jadi masalah heheeh

    ReplyDelete