Drama Turki | Sen Cal Kapimi (2020)

Drama Turki | Sen Cal Kapimi (2020)

Drama : Sen Cal Kapimi
Another Title : You Knock On My Door/ Love is in the Air)
Aired : 8 June 2020
Episodes : 52
Genre : Romance, Comedy
Cast : Hande Erçel, Kerem Bürsin, Bige Önal, Neslihan Yeldan, Evrim Doğan, Anıl İlter, Melisa Döngel


Sen Cal Kapimi sebuah drama romantik komedi mengisahkan Eda (Hande Ercel) yang tinggal dengan mak ciknya selepas ibu dan ayahnya meninggal dunia dan bekerja di kedai bunga milik mak ciknya.

Eda bercita-cita mahu menyambung pelajaran ke Itali tapi terpaksa berhenti belajar apabila biasiswa yang ditawarkan sebuah firma arkitek milik Serkan Bolat (Kerem Bursi) dibatalkan. Sejak itu, Eda benci kepada Serkan dan menganggap lelaki itu penghalang masa depannya.

Sewaktu meraikan majlis graduasi kawan-kawannya, Eda bertemu dengan Serkan dan terjadi perang mulut apabila Eda meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada lelaki itu.

watak Eda tipikal heroin dalam rom-com drama turki sebab alasan dia benci Serkan bagi aku tak cukup kuat. memang dia berhak marah tapi itu bukan alasan untuk serang dan malukan Serkan depan orang ramai padahal Serkan tak kenal pun dia malah langsung tak tahu mengenai biasiswa yang ditarik balik itu. bila tanya anak buahnya baru Serkan tahu ada ralat di pihak dia.

Drama Turki | Sen Cal Kapimi (2020)

Serkan seorang yang serius dan gila kerja sampai kekasihnya, Selin (Bige Önal) bosan dan terus bertunang dengan orang lain. Serkan marah bila Selin pilih orang lain tapi mereka masih kekal berkawan disebabkan dah kenal sejak kecil dan bekerja dalam satu syarikat yang sama.

Jadi untuk mendapatkan kembali Selin, Serkan menawarkan kontrak kepada Eda untuk menjadi tunangnya dalam masa dua bulan. sebagai bayaran, Serkan akan menanggung segala kos pelajaran Eda di Itali.

Drama Turki | Sen Cal Kapimi (2020)

tawaran Serkan sebenarnya banyak beri keuntungan kepada Eda dan itu juga impian Eda selama ini tapi Eda tolak sebab tak berkenan kena jadi tunang kontrak Serkan tambahan pula dia sudah ada kekasih hati bernama Cenk yang belajar di Itali. berlagak kemain perempuan ini!

last-last Cenk nak berpisah dengan dia sebab dah jatuh cinta dengan perempuan lain di Itali. Eda rasa tercabar terus pergi kiss Serkan depan orang ramai. pendek cakap si Eda ni dah buat problem besar untuk Serkan, nak tak nak terpaksa dia terima kontrak Serkan.

ada perubahan pada kontrak tersebut apabila Eda give up menyambung pelajaran ke Itali so dia minta Serkan beri kerja kepada dia jadi Serkan pun bagilah Eda bekerja sebagai pembantu peribadinya. walaupun hubungan mereka pada awalnya sekadar lakonan tapi kemudiannya bertukar kepada cinta.

Drama Turki | Sen Cal Kapimi (2020)

konflik di permulaan cerita tak berat sangat tapi biasalah drama turki makin lama cerita dia makin complicated tambahan pula banyak cabaran dalam hidup Serkan apabila ramai yang mahu bersaing dengan syarikatnya dan Selin yang tak puas hati dengan Eda yang tiba-tiba muncul dalam hidup Serkan.

actually plot dia simple tapi heroin ni pilih untuk merumitkan lagi keadaan dengan kepala batu dia.. watak Eda lakonan Hande lebih kurang saja watak dia dalam drama Ask Laftan Anlamaz. tapi biasalah sis ni kadang tersangkut dengan drama turki sebab hero dia, cuci mata gitu tapi best juga tengok lakonan Kerem sebagai Serkan.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Hahaha kepala batu Eda tu yang geram aje kan. Benda boleh settle dipaanjaangkan.

    ReplyDelete