Drama : Bitter Sweet / Dolunay
Pengarah : Cagri Bayrak
Siaran : TV2
Tayangan : 3 Januari 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 1.30 Petang
Episod : 26
Pelakon : Can Yaman, Ozge Gurel, Hakan Kurtas, Alihan Tukdemir, Alara Bozbey, Necip Memili, Balamir Emren, Oznur Serceler, IlaydaAkdogan

Slot Lavender TV2 yang kini disiarkan pada hari isnin hingga jumaat, jam 1.30 petang membawakan sebuah drama turki bertajuk Bitter Sweet atau Dolunay, sebuah drama bertemakan kekeluargaan dan percintaan yang mengandingkan Can Yaman dan Ozge Gurel.

Bitter Sweet atau judul asalnya, Dolunay mengisahkan seorang ahli perniagaan muda bernama Ferit Aslan (Can Yaman) yang sangat tegas dalam hal berkaitan keluarga dan kerja. Manakala Nazli (Ozge Gurel) pula merupakan pelajar dalam bidang kulinari sambil mencari kerja sambilan dengan bekerja sebagai tukang masak peribadi kepada Ferit Aslan.

pada mulanya hubungan Nazli dan Ferit tidak begitu baik dan mereka selalu bertengkar. Ferit juga telah salah faham dengan menyangka Nazli seorang gadis yang mahu mengambil kesempatan dan memburu lelaki kaya sehingga Nazli membuat keputusan untuk berhenti kerja di rumah agam tersebut.

Apabila satu tragedi berlaku, Ferit menggalas tanggungjawab menjaga anak saudaranya, Bulut (Alihan Tukdemir) setelah abang dan kakak iparnya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Ferit terpaksa mengambil Nazli bekerja dengannya semula kerana Bulut sangat rapat dengan Nazli.

konflik berlaku apabila mak cik Bulut juga mahu menuntut hak penjagaan Bulut lalu Ferit membuat rancangan dengan menawarkan kontrak kahwin kepada Nazli bagi memastikan dia dapat menjadi penjaga Bulut yang sah. Nazli bersetuju untuk berlakon sebagai isteri kepada Ferit dan kemudiannya mereka saling jatuh cinta.

Hubungan Ferit dan Nazli yang bertambah baik mula goyah apabila Deniz yang merupakan seorang pemuzik tanpa segan silu menyatakan perasaan cintanya terhadap Nazli walaupun tahu wanita itu sudah berkahwin dengan Ferit dan dari dulu lagi Deniz tidak suka dengan Ferit.


Apakah kesudahahan cinta Nazli dan Ferit? Saksikan kesemuanya dalam Bitter Sweet (Dolunay), setiap isnin hingga jam 1.30 petang di slot Lavender TV2.

Tonton Episod Penuh : Dolunay - Bitter Sweet (Youtube)