Mak Tak Bagi Balik (TV9) | Sinopsis Telefilem

Mak Tak Bagi Balik (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Mak Tak Bagi Balik
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz Raja Ahmad
Penulis Skrip : Mazelan Manan
Siaran : TV9
Tayangan : 23 September 2022
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Pelakon : Khir Rahman, Vanidah Imran, Nurul Fateha, Izuan Fitri, Izuan Fikri, Shahromnizan Noor, Ieka Zulkifli, Sarah Dowanna, Mili, Man Kader, Zulaikha Zahari

Sinopsis Telefilem Mak Tak Bagi Balik

Kehidupan Ismail dan Rohani kini bertambah baik apabila pendapatan mereka dengan menoreh getah semakin meningkat dan mereka perlu bekerja keras untuk menyara pendidikan anak sulung mereka, Rosnah yang menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh.

Rohani menasihatkan anak perempuannya tidak perlu membelanjakan wang untuk pulang ke rumah di bulan Ramadan kerana mereka perlu berjimat untuk persiapan Hari Raya. Mahayu, rakan sebilik Rosnah berasa kasihan terhadap rakannya dan menjemput Rosnah ke rumahnya. 

Ibu bapa Mahayu terkejut ketika bertemu dengan Rosnah kerana Rosnah merupakan saudara mereka yang sudah lama tidak berhubung.

Post a Comment

0 Comments