Drama : I See You
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 27 September 2022
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Episod : 12
Saksikan drama bersiri Thailand, I See You yang ditayangkan setiap hari isnin hingga khamis jam 7 malam di Astro Prima saluran 105.
I See You menampilkan barisan pelakon seperti Tor Thanapob, Pae Arak, Pat Chayanit dan ramai lagi. Drama bersiri ini pernah ditayangkan di Thailand pada tahun 2016 dengan 12 episod yang berdurasi 30 minit.
Pelakon Drama I See You
- Pat Chayanit sebagai Pairin
- Mild Lapassalan sebagai New
- Tor Thanapob sebagai Dr Men
- Pae Arak sebagai Dr M
- Belle Kemisara sebagai Chaba
- Pookie Paweenut sebagai Joi
- Sumet Ong sebagai Dr Manop
- Jear Sarinrat sebagai Chan
Sinopsis Drama I See You
Pairin bekerja sebagai jururawat di ssebuah hospital dan mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi dengan orang mati. Dia merahsiakan perkara ini supaya dia boleh berpura-pura normal seperti orang lain.
Namun realitinya tak semudah disangka, ramai yang mengelak daripada berkawan Pairin apabila mengetahui keistimewaannya itu kecuali New yang memahami dirinya.
Pairin bukan sahaja perlu menjalankan tugasannya sebagai jururawat menjaga pesakit malah dirinya selalu diganggu oleh roh bernama Chaba yang sering mengganggunya.
Baca juga :
2 Comments
yang cave resque tu dah tengok tak?
ReplyDeletebelum lagi sis, tak sempat nak tengok drama sekarang ni..hehe
Delete