Drama Thailand | Spark Jai Nai Jomying (2020)

Spark Jai Nai Jomying

Title : Spark Jai Nai Jomying
Another Title : Spark Heart, Mr Arrogant
Director : Champ Weerachit Thongjila
Network : Channel 3
Aired : 5 December 2020 - 27 December 2020
Episodes : 8
Duration : 15 minutes
Cast : Nine Naphat, Mild Lapassalan, Most Witsarut, Tae Darvid, Meiko Chonnikan

Spark Jai Nai Jomying mengisahkan Sun (Nine Naphat) seorang youtber terkenal yg mempunyai kelebihan untuk mendengar fikiran orang lain. Sun tak suka dengan kebolehan yg dimilikinya sebab tu Sun selalu pakai earphone mendengar muzik setiap masa.

benda ni jadi isu juga bila peminatnya merasakan Sun jenis yg berlagak dan tak mesra sehingga Sun digelar Naiying (Mr Arrogant). kesannya hasil pendapatannya menurun kerana kurang views pada videonya.

Pete yg merupakan kawan baik serta rakan kongsinya bimbang bila income mereka menurun. so Pete dan Sun cuba buat content baru mengenai keindahan semulajadi yg terdapat di kawasan utara Thailand. dan pergi ke kampung halaman kawan baik mereka iaitu Dam.


di sana Sun bertemu Anna (Mild Lappasan) yg kebetulan datang bercuti mencari ilham untuk novel barunya. hubungan mereka awalnya memang tak baik sebab perangai Sun yg jenis tak mesra rakyat tu.

makin lama Anna tertarik untuk mendekati Sun sebab Anna syak Sun ni ada rahsia sendiri. sepanjang masa di situ Anna banyak memerhati dan menyiasat Sun dengan misi untuk menjadikan Sun sebagai subjek dalam novel terbarunya.


sebenarnya tak expect Channel 3 Thailand akan keluarkan mini siri pendek macam ni dan muka pelakon pun aku tak berapa familiar. mostly pelakon dalam Spark Jai Nai Jomying muka baru dalam Channel 3 kecuali Mild yg sebelum ini banyak tengok dia berlakon drama terbitan GMMTV.
 
yg best mengenai drama ni ialah dapat cuci mata tengok tempat yg cantik di bahagian utara Thailand yg dikatakan mempunyai empangan terbanyak di negara tersebut. tak tahulah kalau tujuan utama mini siri ni untuk promote local tourism. 

Spark Jai Nai Jomying

satu lagi yg best, cinematography cantik macam movie jarang sangatlah nak jumpa dalam lakorn. selalunya drama siri macam ni banyak jumpa dalam GMMTV jarang la aku jumpa di channel lain. kalau korang jenis rajin melayan drama thailand maybe faham kot drama antara stesen tv di thailand ni..hehe

mainly reason tengok drama ni pun sebab ada Nine Naphat. actually jalan ceritanya lebih sesuai untuk tontonan santai atau untuk mereka yg rindu nak travel.

Post a Comment

17 Comments

  1. org thai ni kadang muka sepesen je kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. make up kot..kena tengok drama baru nampak muka diorang berbeza..haha

      Delete
  2. travel secara maya ke northern Thai tengok tempat2 menarik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tempat menarik yg drama ni tunjuk. view pun cantik :)

      Delete
  3. sweetnya mula pelakon perempuan tu

    ReplyDelete
  4. 2 hero dalam satu gambar tu nampak sama pulak mukanya. Suka tengok cerita yang cinematography cantik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sama pun..kena tengok drama dia baru nampak muka diorang lain..hehe

      Delete
  5. boleh tahan pelakon haha tp view utara thai ni memang lawaa betul!

    ReplyDelete
  6. mild berlakon dlm cita 3 will be free, i suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu tengok mild kat gmmtv, itu yg pelik tiba2 dia muncul kat ch3..haha

      Delete
  7. produksi thai mungkin ikut jepun kot. cerita pendek tp padat. ikut selea penonton sana barangkali

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Nine Naphat mmg popular kan kak. Mild mmg selalu berlakon GMMTV. Channel 3 ni stesen kedua penyiaran paling popular selepas Channel 7. Jalan cite menarik juga ada kuasa baca fikiran orang lain. hihi. Lagi satu salah satu sebab kenapa banyak cinematography cantika ialah kerana pengarah drama ini iaitu P'Champ mmg selalu direct GMMTV drama. jadi aura GMMTV drama punya style ada dalam drama ini. hihi

    ReplyDelete