Drama Thailand | Duang Tah Tee Sarm - I See Dead People (2021)


Title : Duang Tah Tee Sarm
Another Title : I See Dead People
Director : Pawanrat Naksuriya
Screenwriter : Eklikit
Network : Channel 3 / Netflix
Aired : 31 August - 
Episodes : 16
Duration : 1 hour 50 minutes
Cast : James Ma, Mew Nittha, Pat Napapa, Cake Nattavat, Champ Chanatit, Aun Witaya, Freud Chatphong, Pramote, Chai Chatayodom, Fresh Arisara


drama ni masih ditayangkan, di Netflix pun baru masuk episod kelima tapi sis tak sabar nak tengok sebab hero dia James Ma..hehe

Duang Tah Tee Sarm sebuah drama komedi seram mengisahkan Treekarn (James Ma) yang mempunyai kebolehan untuk melihat hantu sejak kecil lagi. Treekarn pergi ke Bangkok untuk mencari kawan baiknya Pum (Mew Nittha) yang melarikan diri dari rumah.

sewaktu tiba di Bangkok, Tree menyelamatkan Hideko (Pat Napapa) yang hampir dilanggar kereta kerana ditolak hantu. Hideko adalah pemilik sebuah restoran jepun dan untuk membalas budi, Hideko mempelawa Tree untuk tinggal di rumah dan bekerja di restoran miliknya.


Hideko mempunyai empat orang pekerja, selain Chef O (Aun Witaya) yang lain adalah sepupu Hideko dan kesemua mereka tinggal sekali di rumah milik Hideko. walaupun baru bertemu, mereka semua percaya dengan kebolehan Tree melainkan Kaopun (Freud) yang tak habis syak Tree seorang penipu.


Tree juga memberitahu tujuannya yang datang ke Bangkok untuk mencari Pum dan menceritakan mengapa Pum melarikan diri beberapa tahun yang lalu tapi banyak halangan terjadi dan baru sekarang dia dapat datang ke Bangkok untuk memulakan pencariannya. Hideko dan yang lain berjanji untuk membantu Tree mencari teman rapatnya.


Suatu hari, muncul penyewa baru di rumah Hideko iaitu Palisa yang muka seiras Pum sampai Tree pun tersalah orang. Tree boleh terima hakikat yang Palisa bukan orang yang dicarinya sebab perwatakan Palisa yang sopan santun dibandingkan Pum yang lasak dan gaya tomboy.

tapi Tree mula yakin yang Palisa adalah Pum sebab nampak banyak habit Palisa yang sama dan ada alahan yang sama denga Pum. lepas itu, boyfriend Palisa beritahu yang dia sendiri tak tahu asal usul Palisa sebab dia pernah terlanggar gadis tersebut sehingga menyebabkannya hilang ingatan.

bezanya Palisa tak ada parut macam Pum. sedih juga Tree sebab baru nak nampak sinar harapan untuk bertemu kembali dengan Pum.


sejak Tree tinggal di rumah tersebut, Hideko dan yang lain rasa tak tenteram bila Tree beritahu yang dalam rumah tersebut pun ada hantu. lagi tak senang duduk bila Tree beritahu lokasi dan rupa hantu tersebut.

walaupun begitu, Hideko tak sampai hati nak halau Tree sebab Tree ni baik sangat dan dia pun terhutang budi juga sebab selesaikan masalah hantu yang menganggu perniagaannya. berkat bantuan Tree juga, restorannya makin mendapat sambutan dan keuntungan yang besar dibandingkan sebelum ini.

sepanjang lima episode ni progress antara main couple agak slow sikit tapi suka dengan second couple dalam drama ni iaitu Hideko dan Chef O.


sejak kecil lagi ada hantu bernama Waree yang selalu ikut Tree ke mana sahaja. masih lagi penuh persoalan tentang siapa Waree dan apa yang terjadi sehingga dia menyimpan dendam pada Tree dan terus menghantui Tree daripada kehidupan sebelum ini.

yang pasti dia tak nak Tree hidup gembira dan sejak Palisa berpindah ke situ, Waree semakin mengganas sehingga mahu membunuh Palisa.


masih banyak lagi persoalan, curious juga nak tahu siapa sebenarnya Palisa, apa yang terjadi kepada Pum dan kenapa si Waree berdendam betul dengan Treekarn dan tak suka dengan Palisa.

selalunya kalau dalam drama, hantu dia tak scary sangat macam yang keluar dalam filem seram thailand. hantu dalam drama ni pun masih cantik, takdelah sampai nak tutup mata bila tengok dan ada. setakat yang tengok jalan ceritanya sangat menarik dan menghiburkan.

Post a Comment

4 Comments

  1. Hantu dia maintain cantik. Mesti banyak scene kelakar nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..awal2 ni maintain cantik je lah kat hujung tak tahu macam mana rupa dia. tunggu habis tayang dulu baru nak maraton balik drama ni..hehe

      Delete
  2. Menarik.. tapi panjang sangat.. hehehe..

    ReplyDelete