Epilog 3 Naga (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Epilog 3 Naga (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Drama : Epilog 3 Naga
Produksi : Layar Sutra Sdn Bhd
Pengarah : Razif Ajiboy
Penulis Skrip : Kaz Ishak
Siaran : Awesome TV
Mula Tayangan : 3 Ogos 2022
Masa : Isnin-Khamis | 7.00 Malam
Episod : 24
Pelakon : Hazama, , Syarul Ezani, Syafiq Rosli, Juliana Evans, Atyka Jalil, Katalina, Faizal Hussein, Ridzuan Hashim, Marissa Yasmin, Sahronizam Noor

Saksikan Drama Epilog 3 Naga yang diadaptasi dari novel Epilog 3 Naga karya Kaz Ishak yang bersiaran setiap hari isnin hingga khamis pukul 7.00 malam di slot Dramatix Awesome TV melalui saluran Astro 123 atau MyTV 112.

Epilog 3 Naga (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Epilog 3 Naga membawakan genre aksi mengenai dunia gangsterism yang sarat dengan aksi lasak, cinta, persahabatan dan pengorbanan yang terselit juga elemen komedi.

Selain Hazama sebagai teraju utama, Epilog 3 Naga juga menampilkan Syarul Ezani dan Juliana Evas yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama bersiri Kami dan filem Kami The Movie. 

Antara pecahan watak dalam Epilog 3 Naga :
  • Hazama sebagai Khalid
  • Syarul Ezani sebagai Fazarul
  • Shafiq Rosli sebagai Sean Abdullah
  • Che Puan Juliana Evans sebagai Natasha
  • Atyka Jalil sebagai Sazlina
  • Katalina sebagai Sofea Ahmad
  • Faizal Hussien sebagai Azroy
  • Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien
  • Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah
  • Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain
  • Along Eyzendy sebagai Black
  • Aman Nassim sebagai Chris

Epilog 3 Naga (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Epilog 3 Naga mengisahkan tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap.

Sinopsis dari Novel Epilog 3 Naga : 

Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

Post a Comment

1 Comments