The Deadly Affair (2022) | Review Drama Thailand

Drama Thailand | The Deadly Affair (2022)

Title : The Deadly Affair
Another Title : Phitsawat Khat Games
Director : Genwaii Thongdenok
Screenwriter : Parada Kantapattanakul
Network : Channel 3, Netflix
Aired : 4 July 2022 -
Episodes : 18
Duration : 1 hour 30 minutes
Genre : Romance, Mystery, Thriller
Cast : James Jirayu, Gina Yeena, Namwhan Phulita, Enjoy Thidarut, M Apinan, Chattarika Sittiprom, Freud Chatphong, Pop Thatchathon, Peach Pachara

The Deadly Affair mengisahkan Ohm yang dihukum penjara kerana kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian Pat. Jetiya mahu membalas dendam dan melihat Ohm hidup merana kerana telah menyebabkan dia kehilangan tunang tersayang.

Drama Thailand | The Deadly Affair (2022)

Jetiya (Gina Yeena) mempunyai masalah kemurungan selepas ibunya meninggal dunia dan ditambah pula dengan perangai bapanya, Suchat yang kaki perempuang memang Jetiya tak boleh nak tolerate setiap kali bapanya bawa balik perempuan ke rumah.

Suatu hari, Jetiya baru je nak happy bila adik dan bapanya buat surprise birthday party untuk dia sekali bila nampak skandal Suchart terus dia mengamuk lari dari rumah. malangnya malam tu dia menjadi target pembunuh sebab guna kereta bapanya jadi waktu melarikan diri, Jetiya terjun ke dalam sungai.

kebetulan Pat ternampak kejadian tersebut terus selamatkan Jetiya. Jetiya terhutang budi dan kemudiannya jatuh cinta dengan Pat. Selepas setahun mereka membuat keputusan untuk berkahwin tapi harapan tersebut musnah selepas Pat meninggal dunia terlibat dalam kemalangan jalan raya.


perangai Jetiya boleh tahan annoying juga mentanglah anak orang kaya. kalau salah orang nampak sangat, kalau salah sendiri pun tetap nak disalahkan orang lain juga. macam kes dia dengan Ohm/Apinan (James Jirayu) yang mana pertemuan pertama bermula sebab dia terlanggar kereta Ohm padahal salah sendiri sebab menonong keluar simpang. so setiap kali pantang berjumpa mesti mereka bergaduh.

cuma satu benda yang Jetiya tak tahu, orang yang selamatkan nyawa dia sewaktu lemas adalah Ohm. cuma Ohm ni terus blah lepas buat CPR sebab tak mengharapkan balasan. tapi Pat boleh pula sembunyikan benda tersebut sebab kononnya dialah hero sebenar. hurmm macam ada udang sebalik batu si Pat ni.

Drama Thailand | The Deadly Affair (2022)

Ohm mempunyai kerjaya dan masa depan yang cerah sebagai engineer malah hidupnya juga bahagia bersama teman wanitanya, Mink (Care Chattarika). Suatu malam, Ohm dapat panggilan dari Mink beritahu yang dia terlanggar orang dan bila Ohm sampai di tempat kejadian tengok Pat dan meninggal dunia.

Ohm sanggup berkorban untuk menanggung semua kesalahan dan dihukum penjara selama lima tahun walaupun bukan salah dia tapi demi cinta dan sebab nak protect Mink yang sedang mengandung anak mereka.

Drama Thailand | The Deadly Affair (2022)

Sementara Ohm di penjara, Mink bersusah payah menjaga ibu Ohm yang sedang sakit sambil terkejar dengan kerja dia. Mink jadi makin tertekan apabila dia dibuang kerja kerana prestasi merosot. Mink dari keluarga miskin jadi mak dia suruh kahwin dengan orang kaya dari berkorban untuk Ohm tapi Mink tetap dengan pendiriannya untuk berusaha mencari duit sendiri demi anaknya.

walaupun dihukum penjara selama lima tahun tapi Ohm dapat dibebaskan lebih awal kerana kelakuan baik. tapi hidup Ohm agak sedih sebab ibunya meninggal dunia ketika dia dalam penjara dan selepas dibebaskan, Ohm telah kehilangan Mink yang mati bunuh diri selepas keguguran.

Selepas keluar penjara, Ohm bertemu kembali dengan Jetiya yang masih lagi menyimpan dendam pada Ohm dan mahu melihat lelaki itu hidup merana. Apakah kesudahan mereka?


Drama Thailand | The Deadly Affair (2022)

bila drama baru James keluar di Netflix, excited juga mahu tengok tapi jalan ceritanya tak ada yang baru dengan lakorn yang aku pernah tengok plus watak yang James bawa tak lari dari watak dia dalam drama sebelum ini. ini antara sebab lately ni aku jarang habiskan lakorn yang aku tengok sebab jalan cerita banyak recycle balik dari lakorn lama.

lakorn yang bertemakan revenge ini akan penuh dengan salah faham, tengok dua episod pertama  pun dah cukup lelah dengan perangai heroin tak habis salah faham dengan hero. tapi kalau korang peminat James boleh follow drama The Deadly Affair sebab episod menarik juga dengan plot twist cuma bagi aku agak predictable.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. Cerita korea pun lama x tgk inikan pula nk tgk cerita thailand... tp best la jalan ceritanya

    ReplyDelete