Telefilem Rock Sampai Jannah (TV2)

Telefilem Rock Sampai Jannah (TV2)

Telefilem : Rock Sampai Jannah
Produksi : Khalisya Consultant
Pengarah : Dato Jurey Latiff Rosli
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV2
Tayangan : 12 Julai 2022
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Afieq Shazwan, Ayie Floor88, Sharul Kamal, Amin Haridz, Rosnah Johari, Zuhairi Ibrahim, Lan Siro, Didi Zakil

Telefilem Rock Sampai Jannah (TV2)

Saksikan telefilem khas sempena Hari Raya Aidiladha, Rock Sampai Jannah menampilkan barisan pelakon utama seperti Afieq Shazwan, Ayie, Sharul Kamal dan Haridz Shaile yang akan ditayangkan pada hari selasa pukul 9.00 malam di RTM TV2 dan juga boleh ditonton melalui portal rasmi rtmklik.rtm.gov.my.

Rock Sampai Jannah mengisahkan empat pemuda yang berkawan baik semenjak di sekolah menengah dan juga berkongsi minat yang sama dalam muzik sehingga selalu berangan untuk menubuhkan sebuah kumpulan rock yang hebat.

Mereka nekad meninggalkan taman perumahan mereka untuk menyertai sebuah pertandingan nasyid demi mengejar cita-cita sebagai kugiran rock terhebat di Malaysia.

Adakah impian mereka berempat akan tercapai? Saksikan kesemuanya dalam telefilem Rock Sampai Jannnah pada 12 Julai 2022 di TV2.

Post a Comment

0 Comments