Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra)

Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra)

Telefilem : Lebai Sampan
Produksi : Gambo TV
Pengarah : Zainorhisyam Samudin
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 9 Julai 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Jalil Hamid, Que Haidar, Beto Kusyairy, Puteri Balqis, Haidin Nasir, Ruminah Sidek

Saksikan Telefilem Lebai Sampan yang diangkat dari kisah benar dan ditayangkan sempena Aidiladha ini pada hari sabtu, pukul 10.00 malam di Astro Citra.

Telefilem Lebai Sampan (Astro Citra)

Telefilem Lebai Sampan menceritakan kisah luar biasa seorang Lebai yang terperangkap di antara memenuhi rukun Islam yang terakhir di Mekah serta menjaga kakaknya yang berusia 75 tahun yang mana juga seorang yang buta penglihatan.

Ianya mengisahkan tentang Ngah Omar juga dikenali sebagai Lebai Sampan yang menelan hakikat kehidupan di antara dua sempadan “hasrat” dan “takdir”.

Dihubungkan dua sempadan itu dengan dayungan kasih hakiki bersama kakaknya yang buta Zaleha, Hatta dianggap seperti anak dan Dian yang menumpang teduh ciri kebapaannya.

Semua dilakukan Lebai Omar dengan satu niat, persiapan jiwa untuk menunaikan fardhu Haji. Hal yang selalu diimpikan walau tiada kemampuan. Imej Mekah dalam simpanan di kamera 3D yang menjadi ubat segala kerinduan.

Post a Comment

0 Comments