Telefilem Amshar Bukan Asha (Astro Ria)

Amshar Bukan Asha (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Amshar Bukan Asha
Produksi : I Fabulous Art Media & Event Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Idea Asal : Shaouq Mohamad
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Siaran : Astro Ria
Tayangan : 10 Julai 2022
Masa : Ahad | 10.00 Pagi

Kerelaan hati untuk menuruti kemahuan ibu tersayang, namun hilang pendirian hidup yang diimpikan merupakan kisah utama yang diketengahkan dalam telemovie terkini Astro Ria iaitu ‘Amshar Bukan Asha’. Telemovie terbitan I Fabulous Art Media & Event Sdn Bhd ini sarat dengan emosi dan tangisan yang mampu menyayat hati setiap penonton tentang kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Penceritaan berdurasi 96 minit ini mengisahkan Amshar, seorang remaja lelaki yang dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, Asmah. Namun berbeza daripada ibu-ibu yang lain, dia diasuh menjadi seorang yang berperwatakan lembut dan sopan, tidak menyerupai personaliti seorang lelaki. Malah, dia juga dipanggil dengan nama ‘Asha’ oleh ibunya sendiri. 

Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022, jam 10.00 pagi secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel.


Amshar Bukan Asha (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Pelakon Telefilem Amshar Bukan Asha

  • Naim Daniel sebagai Amshar/Asha
  • Farah Ahmad sebagai Puan Asmah
  • Emma Sofea sebagai Yam
  • Syazwan Zulkifly sebagai Mazlan
  • Haidar Hasanudin sebagai Sahar
  • Raff Roslee sebagai Amirul
  • Sahronizam Noor sebagai Rusli

Amshar Bukan Asha (Astro Ria) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Amshar Bukan Asha

Amshar Bukan Asha mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang diberi nama timangan Asha. Asmah, ibu kepada Asha amat menyayanginya. Dari kecil Asmah lebih senang melihat anaknya berperwatakan lembut dan sopan. Setiap pemakaian anaknya ditentukan mengikut kemahuannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Asha hanya menuruti sahaja permintaan ibunya. 

Walaupun mengharungi pelbagai liku kehidupan, Asha tetap tabah menjadi dirinya dan menjaga hati ibunya sebaik mungkin kerana dia amat menyayanginya. Namun, perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar. Asha berperwatakan lembut seperti itu kerana diasuh ibunya sejak kecil lagi atas kebencian ibunya terhadap lelaki kerana pernah menjadi mangsa dera suaminya, iaitu ayah kepada Asha.

Seperti remaja lelaki yang lain, Asha juga ingin bergaul dan bermain bersama mereka. Dia juga mempunyai minat dalam sukan bola sepak tetapi hanya boleh melihat dari jauh kerana segan tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bermain sebelum ini atas menjaga perasaan ibunya. 

Post a Comment

2 Comments

  1. sayang juga rumah dah tiada Astro...jadi tak dapat lauan teledrama begini

    ReplyDelete
  2. Tengok trailer tadi, menarik juga. Kalau sempat nak tengok nanti

    ReplyDelete