Telefilem Korban Jalil dan Jiman (TV1)


Telefilem : Korban Jalil dan Jiman
Produksi : Pena Creative Pictures
Pengarah : Rahila Ali
Siaran : TV1
Tayangan : 10 Julai 2022
Masa : Ahad | 2.00 Petang
Pelakon : Jalil Hamid, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Amyza Adnan, Nina Iskandar, Isa Khan, Kodi Rasheed, Ben Amir

Telefilem Korban Jalil dan Jiman mengisahkan Jalil dan Jiman tinggal di kampung yang sama. Isteri mereka berkawan baik dan menjalankan perniagaan kek lapis dan kek cawan secara atas talian lalu bercadang untuk membuka kedai bagi membesarkan perniagaan mereka.

Anak Jiman dan Jalil juga berkawan baik dan mempunyai minat yang sama. Namun, Jalil dan Jiman pula tidak sehaluan dan sering bersaing sesama sendiri.

Menjelang Aidiladha, Jalil dan Jiman bersaing untuk mendapatkan binatang korban yang mahal dan bertaraf antarabangsa. Apakah yang berlaku? Saksikan semuanya dalam telefilem Korban Jalil dan Jiman di TV1.

Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha! Semoga gembira bersama keluarga tersayang :)

    ReplyDelete