Di Pangkuanku (TV1) | Sinopsis Telefilem

Di Pangkuanku (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Di Pangkuanku
Produksi : D' Ayu Pictures
Pengarah : Bade Hj Azmi
Penulis Skrip : K. Adlie
Siaran : TV1
Tayangan : 9 Julai 2022
Masa : Sabtu | 2.00 Petang
Pelakon : Fizz Fairuz, NoorKhiriah, Rahim Omar, Fadilah Mansor, Ramasundran, Ryan Iskandar

Di Pangkuanku (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Di Pangkuanku

Mengisahkan Aiman bercita-cita mahu menjadi ahli bomba kerana terinspirasi dengan cerita datuknya, Hj Mukhsin yang pernah bekerja sebagai ahli bomba. Haji Mukhsin sangat menyokong cita-cita Aiman tapi tidak pada ayah Aiman iaitu Zaid.

Zaid geram memikirkan kerenah anaknya yang suka bermain meniru aksi seperti ahli bomba sehingga ramai orang kampung datang mengadu. Malah gaji Zaid yang bekerja sebagai peniaga sate tidak cukup apabila dia terpaksa membayar ganti rugi kerana tindakan Aiman yang merosakkan harta penduduk kampung.

Suatu hari, Aiman disahkan mempunyai ketumbuhan di dalam otak. Zaid cuba menunaikan hasrat terakhir Aiman yang mahu menjadi ahli bomba.

Saksikan lakonan Ryan Iskandar sebagai Aiman, Fizz Fairuz sebagai Zaid, Noorkhiriah sebagai Aishah, Rahim Omar sebagai Hj Mukhsin, Fadilah Mansur sebagai Hjh Salmah dan Ramasundran sebagai Rama dalam telefilem Dipangkuanku.

Post a Comment

0 Comments