Review Movie Thailand | Fast & Feel Love (2022)


Title : Fast & Feel Love
Director : Ter Nawapol
Release Date : 6 April 2022
Duration : 2 hour 10 minuts
Genre : Action, Comedy
Cast : Nat Kitcharit, Yaya Urrasaya, Potae Anusara, Primmy Wipawee, Pleng Keetapat

SINOPSIS : 
When a world champion of sport stacking is dumped by his long-time girlfriend, he has to learn basic adulting skills in order to live alone and take care of himself.

Fast & Feel Love mengisahkan Kao (Nat Kitcharit) yang sangat meminati sport stacking tapi guru sekolahnya beritahu yang mainan susun cawan ini tak boleh dijadikan kerjaya dan impian tersebut sangat mustahil memandangkan sport stacking tidak popular di Thailand.

Selepas beberapa tahun, Kao berjaya membuktikan impiannya bukan perkara mustahil untuk dicapai dan kini dia menjadi pemain dunia dan berjaya memegang rekod terpantas sehingga mampu membeli sebuah rumah yang dikongsi bersama kekasihnya, Jay (Yaya Urrasaya).

Selama ini, Jay menjadi orang penting dalam hidupnya kerana hampir semua benda dalam hidupnya Jay yang urus so Kao boleh bagi tumpuan penuh dengan berlatih susun cawan setiap hari selain menjadi coach mengajar sport stacking.


Jay satu sekolah dengan Kao, dari kawan jadi teman wanita. Jay menyokong penuh impian Kao untuk berjaya menjadi pemain dunia sampai bila Kao cadangkan mereka kongsi beli rumah pun Jay terus setuju sebab nak bagi persekitaran yang selesa untuk Kao berlatih.

Selepas 10 tahun, Kao terlalu sibuk nak cipta rekod baru selepas rekodnya dapat dipintas oleh pencabarnya sehingga tiada masa untuk berkomunikasi dengan Jay sampai tak tahu apa Jay mahukan dalam hidupnya. so lepas tu Jay decide untuk berpisah.

kesian juga dengan Jay sebab gaya dia lebih kepada bibik mengurus segala benda dalam hidup Kao. at first, Kao rasa hidup dia akan baik sahaja kalau Jay tiada tapi kemudian baru dia sedar betapa serabut life dia sebab satu benda pun tak tahu buat. 


selama ini Kao percaya kalau ada persekitaran yang bagus dan tiada drama, dia dapat guna semua masa yang ada untuk berlatih dengan tenang. tapi bila jumpa seorang budak perempuan Pai Lu (Pleng Kentapat) yang selalu datang kelas Kao tapi tak pernah show off skill dia, beritahu yang kadang hidup juga perlukan drama juga sebab bila tertekan kita dapat paksa diri kita untuk buat yang terbaik.

Jay dan Kao ada matlamat hidup yang berbeza, kalau Kao nak berjaya sebagai pemain terbaik sport stacking. Jay pula ada impian nak ada keluarga dan anak. 

aku sebenarnya happy untuk Jay sebab selama ini dia berkerja keras untuk orang lain at the end baru sedar apa yang dia mahu dan tak salah pun kalau dia decide untuk berpisah kalau itu yang buat dia bahagia.


Fast & Feel Love berkisarkan kehidupan Kao sebagai sport stacking player tapi pengarah langsung tak tunjuk lebih details mengenai sukan ni sebab kebanyakan scene just tunjuk Kao berlatih. aku pun curious juga sebab first time tahu pasal sport ni ingatkan orang main suka-suka macam Anna Kendrick dalam Pitch Perfect.

lawak dia not bad la tapi sebab durasi dia sampai dua jam, sis dah rasa hambar tengok filem ni. plus for me, life Kao ni agak membosankan sebab terlalu obsess nak kejar impian, dia habis semua masa dia dengan berlatih sampai lupa banyak lagi benda dalam hidup yang kau boleh belajar dan appreciate.

mesej dalam filem ini bagus sebenarnya sebab dia nak beritahu walaupun orang cakap impian kau tu mustahil tapi benda tu boleh jadi kenyataan kalau kau letak 100% effort tapi tak ada makna juga kalau tak reti nak hargai hidup dan orang sekeliling.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments