Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)


Title : Ah Nerede (Oh Where)
Release Date : 1 July 2022
Duration : 2 hour
Cast  : Oktay Cubuk, Nil Keser, Derya Alabora, Ayse Kokcu, Ferit Aktug, Tarik Pabuccuoglu, Korhan Herduran, Asena Keskinci, Miray Akay, Merve Nur Bengi, Batuhan Sert

Ah Nerede sebuah drama komedi bertemakan kekeluarga dan percintaan mengisahkan pasangan Hakim dan Seniha, orang kaya berpengaruh di Bursa yang memiliki tiga orang anak lelaki iaitu Ferit, Omer dan Murat. 

Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)

Hakim menghantar ketiga-tiga anaknya ke Istanbul untuk menyambung pelajaran dan berbangga dengan pencapaian mereka tanpa dia tahu yang anaknya di Istanbul lebih banyak bermain dari belajar.

Anak sulungnya, Ferit (Octay Cubuk) belajar dalam bidang medik tapi telah digantung universiti. masa yang ada digunakan Ferit untuk berfoya-foya dengan wanita. Murat (Korhan Henduran) pelajar undang-undang tapi lebih gemar berjudi manakala anak bongsu, Omer (Bantuhan Sert) pula belajar dalam bidang engineering tapi bercita-cita untuk menjadi pemuzik.

jalan cerita drama Ah Nerede lebih fokus kepada watak Ferit yang kaki perempuan dan heroinnya Zehra lakonan Nil Keser.

Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)

Ferit sengaja cara masalah bila dia dating dengan tiga wanita iaitu Nihal, Burcak dan Sera dalam masa yang sama. bila kantoi perangai si Ferit, mereka bertiga buat rancangan dengan beritahu perangai Ferit kepada ayahnya.

so bila tahu mengenai hal ini terus Hakim datang ke Istanbul buat sport check then kantoillah ketiga-tiga perangai anak lelaki yang menghabiskan duit dia dari belajar jadi Hakim decide untuk bawa anak-anaknya pulang ke Bursa.

Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)

masalah Ferit dah heret adik-adiknya sekali dan juga Zehra yang secara tak langsung terlibat sekali. sebabnya waktu kantoi, Ferit lari sembunyi dalam bilik Zehra dah tak pasal abangnya mengamuk cari Ferit. tak jumpa Ferit, Omer dan Murat yang jadi mangsa kena belasah dengan abang Zehra.

Zehra nak tak nak terpaksa datang jumpa Omer dan Murat minta mereka tarik balik dakwaan kerana tidak mahu abangnya dipenjara tapi mereka tetap berkeras dengan keputusan tersebut.

so Ferit datang dengan satu tawaran kepada Zehra minta Zehra menyamar jadi kekasihya depan ayah dan emaknya supaya mereka percaya yang dia tak boleh tinggalkan Istanbul kerana cintanya pada Zehra. jika Zehra setuju, Ferit berjanji yang adik-adiknya akan tarik dakwaan kepada abang Zehra.

Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)

Otak Ferit ni kalau bab menipu memang laju berfikir. bila Zehra dah rosakkan plan pertama, Ferit buat rancangan yang extreme sampai ayah dan emaknya terpaksa pergi pinangkan Zehra untuk dia. Ferit perlu menyatukan kedua keluarga ini supaya majlis pertunangan mereka dipercepatkan dan Ferit akan dapat kebebasan dia semula bila Hakim kembali ke Bursa.

sebenarnya Zehra tak setuju dengan rancangan Ferit yang baru ni, dah la dia bagi first impression yang buruk lagilah bukan kerja mudah nak ambil hati bakal emak mertua. cumanya bila Zehra tahu tentang satu kebenaran dia mahu membalas dendam pada Ferit tapi kenapa?

Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)

Zehra sebenarnya berkawan dengan Nihal dan Sera yang menyewa di tingkat bawah rumahnya. bila mereka bertiga tahu Zehra dah terheret dalam masalah Ferit, mereka mahu Zehra join mereka dalam misi membalas dendam iaitu buat Ferit jatuh cinta dengan Zehra kemudian tinggalkan Ferit. tapi waktu ni Zehra tak setuju sebab dia tak ada masalah dengan Ferit.

Nak dijadikan cerita Zehra bertemu semula dengan bekas kekasihnya, Hakan. Zehra dan Hakan bercinta waktu universiti lepastu Hakan ajak dia menikah tapi Hakan menghilangkan diri pada majlis perkahwinan mereka. Hidup Zehra agak malang selepas itu kerana bukan sahaja tak dapat berkahwin tapi terpaksa berhenti belajar dalam medik sebab abangnya tak percayakan dia lagi.

waktu ini Hakan beritahu yang dia menghilangkan diri sebab Ferit yang menghasut Hakan dan Ferit siap bertaruh lagi dengan kawan-kawan mereka yang Hakan tak jadi kahwin. macam bodoh pula alasan Hakan ni nak salahkan orang. 

tapi disebabkan tahu punca Ferit yang menyebabkan Hakan tinggalkan dia dulu, Zehra buat keputusan untuk join Niha, Sera dan Burcak membalas dendam pada Ferit.

Drama Turki | Ah Nerede - Oh Where (2022)

walaupun agak klise tapi best juga drama Ah Nerede ni sebab sis suka watak Zehra yang lain dari perempuan yang ada dalam drama ni terutama sekali bekas kekasih Ferit yang kata nak balas dendam tapi masing-masing still tak boleh move on. tapi Zehra ni jenis sempoi langsung tak terpikat dengan ayat manis dari Ferit.

disebabkan Zehra ni lain dari perempuan lain dah boleh nampak yang Ferit dah tersangkut dengan Zehra. macam mana agaknya bila Ferit dah jatuh cinta kemudian dapat tahu Zehra cuma nak balas dendam?

episod awal-awal ni best juga layan sebab konflik dia masih lagi ringan. sis terhibur dengan perangai masing-masing, bolehlah nak layan waktu santai-santai.

Tonton Drama Ah Nerede - Oh Where : EPISODE 1 | EPISODE 2

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. lepas tengok cerita turki..terus rasa nak diet. jeles tengok kekerenggaan pinggang dan keruncingan dagu mereka...hahaaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak diet pun tak mampu dapat pinggang ramping macam depa. takpelah asalkan kita bahagia..haha

      Delete