Drama Turki | Baht Oyunu - Twist of Fate (2021)


Drama : Baht Oyunu (Twist of Fate)
Mula Tayangan : 15 Jun 2021
Episod : 17
Pelakon : Aytac Sasmaz, Cemre Baysel, Idris Nebi Taskan, Asli Sumen

Baht Oyunu mengisahkan Ada (Cemre Baysel) yang percaya dia akan menemui kebahagian dalam hidupnya jika berkahwin dengan cinta pertamanya namun tidak menyangka teman lelakinya curang.


Ada sudah menyimpan impian untuk melangsungkan perkahwinan dengan Ruzgar (Idris Nebi Taskan) sebaik sahaja lelaki itu mendapat kerakyatan. sepanjang tiga tahun menjalinkan hubungan, Ada sanggup berkorban melakukan pelbagai kerja supaya Ruzgar berjaya menghabiskan pengajian.

Suatu haru, Ada pergi ke pejabat Ruzgar untuk melakukan kejutan tapi Ada ternampak Ruzgar curang dengan perempuan lain. hampir sahaja Ada melanggar dua manusia tersebut dengan keretanya kerana terlalu kecewa tapi Ada yang terlibat dengan kemalangan dengan kereta lain.


walaupun Bora (Aytac Sasmaz) kemalangan tersebut berpunca daripada Ada, dia rasa  bertanggungjawab apabila Ada tidak sedarkan diri di tempat kejadian dan mahu memastikan tiada kecedaraan serius yang berlaku.

mereka pernah berjumpa sebelum ini apabila Bora ada blind date di restoran tempat Ada bekerja. Ada tak suka dengan perangai Bora yang nampak angkuh dan bila Bora boleh teka yang Ada kemalangan kerana patah hati lagilah Ada rasa Bora ni sangat annoying kerana menyibuk hal dia.


Ada masih tak boleh terima hubunganya dengan Ruzgar telah berakhir jadi dia membuat rancangan untuk bekerja di pejabat Ruzgar supaya lelaki itu tak boleh melupakannya lagi pula Ada tahu yang Bora adalah CEO di situ.

Ruzgar pula sebenarnya tak sedar yang dirinya dipergunakan oleh Tugce (Asli Sumen). yang sebenarnya Tugce sudah lama menyimpan perasaan pada Bora  dan hanya menggunakan Ruzgar untuk membuat Bora cemburu.


Bora terpaksa menerima Ada sebagai pembantunya apabila Ada telah menyelesaikan masalah videonya yang viral. Bora melakukan pelbagai cara untuk memastikan Ada tidak bertahan lama bekerja di situ tapi Ada tak kisah dengan semua itu asalkan dapat menjalankan misinya.

Bora yang tidak percaya pada cinta mula jatuh cinta dengan Ada apabila mereka bekerja bersama. dalam mendapatkan semula cinta pertamanya, adakah Ada akan menemui cinta sejatinya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Drama turki pernah tgk sekali je tu pn 2 tahun lepas tiara..lupa dh tajuk ape..tp best sgt! citer ala lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cite kat tv ke kak shida? rasanya dulu ada satu drama turki tu famous kat tv. saya pun tak ingat tajuk dia apa..hehe

      Delete
  2. Macam best! Jap jap bookmarked dlu. Haha

    ReplyDelete