Kerana Dia Manusia Biasa (TV3) | Sinopsis Drama

Kerana Dia Manusia Biasa (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kerana Dia Manusia Biasa
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Idora Abdul Rahman
Penulis Skrip : Janjira, Riqmal Eng, Fajar Surya
Siaran : TV3
Tayangan : 24 Julai 2019
Episod : 15
Lagu Tema/OST : Black - Leraikan
Pelakon : Syukri Yahaya, Emma Maembong, Husna Mustaffa, Sasqia Dahuri, Mimi Ernida, Zera Hariz, Afzan A.Rahman, Atikah Suhaime, Afifah Nasir, Aleza Shadan, Arash Mohd, Abbas Mahmood, Aishah Atan, Ali Reza, Ku Zara Eryna

Kerana Dia Manusia Biasa (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa

Drama Kerana Dia Manusia Biasa diadaptasi dari novel Kerana Dia Manusia Biasa karya Wan Najihah mengisahkan Nurin Aira (Emma Maembong) diminta oleh kakak angkatnya, Nora (Sasqia Dahuri) untuk menjaga anaknya yang baru berusia beberapa bulan bernama Alia.

Walaupun sedang belajar universiti dan sibuk dengan tugasan pelajaran, Nurin sanggup berkorban untuk menjaga Alia kerana terhutang budi pada Nora. Kawan baik Nurin iaitu Najwa (Zera Hariz) dan Suraya (Mimi Ernida) turut membantunya menguruskan Alia.

Nora berjanji untuk mengambil semula Ali apabila urusannya selesai malangnya selepas lima tahun, Nora menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Nurin menjaga Alia dengan penuh kasih sayang seperti anaknya sendiri walaupun terpaksa berdepan dengan fitnah dan umpatan orang yang tidak tahu cerita sebenar.

Kerana Dia Manusia Biasa (TV3) | Sinopsis Drama

Tengku Shamil Zaquan (Shukri Yahaya) bahagia dengan rumahtangganya bersama Aisyah (Husna Mustaffa). Namun selepas kehilangan Aisyah, pintu hati Tengku Shamil tertutup untuk wanita lain. Mahu lari dari desakan keluarga, Tengku Shamil berkahwin dengan Nurin Aira dan dia mempunyai agenda tersendiri. 

Nurin Aira hanya pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah seorang perempuan murahan.

Hidup Nurin Aira bagaikan digantung tidak bertali. Emosinya terdera dek herdikan Tengku Shamil yang membencinya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan cuba mengambil hati Tengku Shamil yang dingin terhadapnya.

Adakah Tengku Shamil dapat memadamkan api dendamnya terhadap cinta Nurin Aira? Saksikan kesudahannya dalam drama Kerana Dia Manusia Biasa.


Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments