Review Drama | Ghaib (2018)


Drama : Ghaib

Produksi : Orangtree Production
Pengarah : Ng Ken Kin
Penulis Skrip : Siti Solehah, Aida Aida
Siaran : Tonton Original Series
Tayangan : 15 Disember 2018
Episod : 10
Durasi : 30 minit
Pelakon : Shukri Yahaya, Elizad Sharifuddin, Eyka Farhana, Chacko Vadaketh, Joanna Bessey, Chandni Kaur, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh

lepas tonton drama Mata Ketiga terus maraton drama Ghaib kebetulan ternampak kat youtube. seriusly tak pernah perasan pula kewujudan drama Ghaib sebelum ini, tak tahulah sama ada kurang promosi atau aku sahaja yang tak nampak promo dari siri Tonton sebelum ni.

Ghaib sebuah drama adaptasi novel Projek Terowong karya Zaifuzaman Ahmad mengisahkan Mimie (Scha Elinnea) yang mengajak Jessica (Eyka Farhana), Suzi (Qara Lyana) dan Nina (Erynne Erynna) melawat sebuah gua di belakang kolej mereka yang merupakan kawasan larangan dan dikatakan berhantu.


mereka terjumpa sebuah papan ouija dan mebuat keputusan untuk bermain di situ lalu menyeru roh yang dipercayai bernama Mona. Jessica yang terkejut ternampak bayangan hantu Mona di belakang Mimie terus meninggalkan permainan tersebut dan berlari keluar.

apabila sampai di luar gua tersebut, Jessica, Nina dan Suzy baru perasan yang Mimie tiada bersama mereka tapi masing-masing sudah takut untuk kembali ke dalam jadi mereka membuat keputusan untuk meminta bantuan pengawal keselamatan yang berjaga di situ.


Detektif Anita (Siti Elizad) dan Detektif Reza (Shukri Yahaya) ditugaskan untuk menyiasat misteri kes kehilangan Mimie, pening juga nak mulakan siasatan apabila suspek utama mereka adalah hantu.

Siasatan dalam kes Mimie pun tak ada progress sebab mereka tak jumpa sebarang bukti atau motif kejadian. Reza pula langsung tak percaya dengan alam mistik atau hantu jadi dia langsung malas nak ambil tahu bila Pak Din (Ramli Saleh) yang dah lama bekerja sebagai guard di situ cuba kaitkan gua tersebut berhantu.


Jessica, Nina dan Suzi pelik apabila badan mereka penuh dengan lebam padahal masing-masing tak bergelut dengan apa pun sewaktu berlari keluar dari gua. 

malangnya selepas kejadian tersebut hidup Jessica tak lagi aman apabila sering diganggu oleh hantu Mona. pelik juga kenapa Nina dan Suzi tak kena kacau sebab mereka pun main juga papan ouija tu.

belum ada lagi sebarang progress untuk kes kehilangan Mimie, kerja polis bertambah lagi apabila Jessica tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej.


ada beberapa watak dalam Ghaib yang dari awal nampak macam ada kena mengena dengan kes Mimi contoh macam Kharisma (Neera Azizi) yang benci dengan Mimie sebab berebutkan jawatan ketua pelajar di kolej tersebut.

Puan Mourice (Joanna Bessey) pula tak habis nak jaga reputasi sekolah dan tak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut. tapi dari awal nampak suami Puan Mourice iaitu Paul yang macam something wrong. so siapa suspek kehilangan pelajar tersebut dan motif sebenarnya?


pacing drama Ghaib sangat slow dan masalah utama apabila polis terlalu lembab buat kerja sampai aku tertanya macam ni ke polis malaysia buat kerja. dari awal terlalu banyak benda yang Reza terlepas pandang macam cctv, itupun baru teringat nak check bila pak guard mention pasal cctv.

masalah utama Reza adalah dia tak percaya hantu, memang hantu tak bunuh orang tapi semua cerita yang Pak Din dan Jessica cuba beritahu kepada Reza tu ada kaitan. kalau disiasat dari awal mungkin dari awal lagi mereka dah jumpa petunjuk dan boleh selamatkan Mimie dan Jessica dari menjadi mangsa.

kalau tak percaya sangat dengan hantu kenapa Reza tak check gua tu waktu malam, pak guard pun ada cakap terdengar orang menangis dan minta tolong waktu meronda kat situ tapi boleh pula Reza marah balik guard tu. bila dah kena kacau dengan hantu baru Reza tahu langit tu tinggi ke rendah.


boleh cakap yang pembunuh dia agak pandai sampai polis pun tak nampak kaitan dia dengan kes ini tapi benda yang paling bodoh pembunuh ni buat bila pergi culik Detektif Reza, maybe dia yakin boleh hilangkan jejak jenayah seperti apa yang berlaku pada mangsa lain.

dalam drama korea pun orang jahat tak berani nak kacau polis sebab tak nak cari penyakit. tapi bagus juga bila Reza hilang, baru nampak polis lain buat kerja kalau tidak macam Reza seorang yang kena siasat semua benda.


bila buat konsep seram thriller tu nampak menarik tapi jalan cerita terlalu slow, first episode rasa seram juga tapi tak sampai episode 5 dah lemau nak tengok sebab asyik membebel cara polis ni buat kerja. kalau Ghaib dibuat dalam format movie atau telemovie mungkin lebih menarik sebab elemen seram dan saspen dah kurang menjadi bila terlalu dragging dengan jalan cerita.

pengajaran kat sini, memang betul setiap kejadian memerlukan bukti dan fakta tapi kadang kita kena percaya juga kewujudan makhluk lain. macam kes dalam Ghaib pun, polis tak dapat cari bukti dengan baik apabila hijab mereka tertutup untuk melihat keadaan sebenar di dalam gua tersebut.

Post a Comment

18 Comments

  1. Tak pernah tengok pulak drama ni dulu. Seronok tengok cerita genre macam ni. Curious nak tahu. Thanks share link. Ada masa boleh tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan kalau drama melayu ada banyak genre mcam ni :)

      Delete
  2. geramnya baca karakter detektif reza ni haha padan muka dia kena kacau hantu jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe.. tengok drama ni memang membebel je dengan watak si reza ni..

      Delete
  3. Adaptasi projek Terowong ke? Oh yes. I beli novel tu! Boleh la layan dan bandingkan dengan penulisan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. try la tengok nanti buat review. nak tahu juga apa beza versi drama dengan novel dia..

      Delete
  4. menarik jalan cerita dia. Nanti nak carik la drama ni tengok. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  5. Lama dah tengok drama ini.. Sha tengok sebab dibuat berdasarkan novel Projek Seram Terowong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah perasan pun drama ni sebelum ni..hehe

      Delete
  6. Kita dulu tengok sebab kita peminat Shukri Yahya hehehe sampai skrg mmeng suka dia berlakon.. tapi memang betul, masuk episod mendatang, seram dia dah slow, sampaikan satu episod tu entah apa-apa je laa kisahnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu saya rasa drama ni lagi best kalau buat versi telemovie atau movie je :)

      Delete
  7. hehe,jangan compare drama melayu dengan korea, memang jauh beza. pape pun enjoy jer la tengok. tapi huda tak tgk kot cerita seram takut mengingau bila tdo nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dah terbiasa tengok drama korea genre macam ni itu yang nak ter-compere juga..hehe

      hantu dia agak seram tapi jalan cerita dia tak seram pun :)

      Delete
  8. Jalan cerita best dah. Sis suka cerita berunsur seram, triller dan penyiasatan macam ni. Letih dah nak layan drama cinta air mata. Sis dah follow blog ni. Nanti follow blog Sis semula ya.

    ReplyDelete
  9. wah best pula cerita ni , kenapa saya tak perasan ada cerita ni eh . lepas ni saya nak tngok 😍

    ReplyDelete
  10. Wuuu. Macam best je ni. Suka jugak tengok cerita hantu melayu sebab macam boleh relate lepas tu tak la terlalu seram biasanya.

    ReplyDelete
  11. alamak! kenapa sy rs drama ni mcm best?kn tgk laa nmpk nya

    ReplyDelete
  12. Eyka Farhana nih yang main Pretty little liars yang ada kat VIU kan? Saya suka dengan aktingnya :).

    Nah drama bergenre Horror/thriller gini jujur sukaaa sangat. Tapi tetep ja saat nonton, tutup mukalah ATO tutup telinga waktu adegan2 mengejut hahahaha. Trus selesai nonton, suka kebayang2 sendiri, sampai takut nak pergi kamar mandi. Tapi tetep tak kapok nontonnya hahahah . Coba saya cari drama Ghaib nih. Penasaran nak liat

    ReplyDelete