Mata Ketiga (TV3) | Sinopsis Drama


Drama : Mata Ketiga
Produksi : Skop Production
Pengarah : C. Kumaresan
Penulis Skrip : Zulkifli Ahmad Idrus
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 22 Julai 2021
Episod : 10
Masa : Isnin-Khamis | 10.30 Malam
Pelakon : Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Fimie Don, Isyariana, Dayana Roza, Radhi Khalid, Dato Rahim Razali, A Galak, Shahronizam, Sabrina Ali

Mata Ketiga (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Mata Ketiga

Mata Ketiga sebuah drama adaptasi novel Mata Tak Berhijab karya Zulkifli Ahmad Idrus mengisahkan Faizul (Hafeez Mikail) yang mempunyai kelebihan untuk melihat dan berkomunikasi dengan alam mistik

Faizul menyertai kelab kembara di universiti yang merancang aktiviti perkhemahan di dalam hutan. pada malam tersebut, Faizul ditindih oleh lembaga hitam yang berbulu dan sewaktu menjejak kaki ke hutan tersebut, dia ternampak kelibat lelaki berpakaian seperti seorang bangsawan.

Faizul merasakan ada sesuatu yang tidak kena seperti ada perkara yang cuba disampaikan kepadanya lalu memberi amaran kepada kawan-kawannya supaya menjaga percakapan mereka di situ dan tidak mengambil sebarang benda dari hutan tersebut.

Mata Ketiga (TV3) | Sinopsis Drama

malangnya Farah (Isyariana) telah melanggar pantang larang tersebut dengan memetik sekuntum bunga merah menyebabkan dia telah dirasuk. Prof Mazlan (Radhi Khalid) tahu Faizul mempunyai kelebihan lalu meminta Faizul bertanya kepada 'mereka' mahukan.

untuk kebaikan semua, Faizul memberanikan diri untuk berhubung dengan Inang Kembang Kemboja dari alam lain dan meminta Farah mengembalikan semula semua barang yang diambil jika mahu keluar dari hutan tersebut.

walaupun Farah masih berdegil, Faizul berjaya mengikut semua syarat yang diminta oleh Inang. namun Faizul cuba berhubung dengan lelaki bangsawan yang dari awal memerhati kumpulan mereka. semenjak kejadian tersebut, Faizul cuba mencari kebenaran mengenai mata ketiga beliau.

Mata Ketiga (TV3) | Sinopsis Drama

Dalam mencari kebenaran mengenai susu galurnya, pelbagai peristiwa mistik berlaku kepada Faizul dan semua itu tidak mematahkan semangatnya. malahan Faizul menjadi semakin taksub dan mula mengasingkan diri dan tanpa sedar juga telah membahayakan nyawa orang sekelilingnya,

Adakah Faizul akan terus mencari dirinya setelah ditimpa pelbagai masalah? Mampukah Faizul terus bertahan dengan semua cabaran yang ternyata menguji setiap langkahnya?

Post a Comment

11 Comments

  1. Suka gak tengok kisah cerita macam ni. Antara dua dunia.

    ReplyDelete
  2. Menarik storyline tapi haihh tak mampula nak tengok... Seram

    ReplyDelete
  3. TV3 recycle tayang cerita ni ye. Mata Ketiga ni salah satu Siri Original Tonton. Keluar tahun 2018 tak silap. Not badlah jalan ceritanya.

    ReplyDelete
  4. Macam best! Ada tayang di tv3 boleh lah tengokkk hehehehe. Harap harap tak mengecewakanlah.

    ReplyDelete
  5. Jalan cerita dia menarik. Ada elemen misteri pulak tu. Rasa nak marah je baca perangai Farah ni

    ReplyDelete
  6. Salam. Ulasan teliti, mistik juga jalan ceritanya..

    ReplyDelete
  7. Mata ketiga ni mcm lebih kurang org yg terbuka hijab boleh nampak mistik2

    ReplyDelete
  8. Baru tonton.. menarik juga drama ini..

    ReplyDelete
  9. sempat tgk sikit cerita ni aritu... lps tu trs zzz😆😆

    ReplyDelete