Telefilem Awek Mulut Tempayan TV2

Awek Mulut Tempayan

Telefilem : Awek Mulut Tempayan
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Khalid Nazri
Siaran : TV2
Tayangan : 29 Jun 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Ruhainies, Erwin Dawson, Nadya Syahera, Hanna Aqeela, Din Sani

Awek Mulut Tempayan

Awek Mulut Tempayan mengisahkan Leha (Nadya Syahera) dan Shanti (Ruhanies) yang berkawan baik di kolej tapi dalam diam Leha mencemburui Shanti apabila lelaki yang diminatinya Uzaid (Erwin Dawson) menyukai Shanti.

Leha yang digelar mulut tempayan oleh rakan-rakan-rakanya telah menyebarkan cerita buruk mengenai Shanti. Hal ini menyebabkan hubungan mereka berdua terputus dan Leha mendapat apa yang dihajati selama ini iaitu menjalinkan hubungan dengan Uzaid.

Awek Mulut Tempayan

Selepas 8 tahun, mereka bertemu kembali apabila dapat bekerjasama dalam satu projek. Leha yang gemar bergosip tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik menyebabkan Shanti menolak proposal yang dibuat Leha. hal ini juga menyebabkan Leha dimarahi majikannya.

Leha meminta peluang, Shanti bersetuju dengan syarat Shanti mahu berkenalan semula dengan Uzaid dan dalam tempoh tiga bulan tersebut Leha tidak campur tangan dalam urusan Shanti dan Uzaid. Apa motif sebenar Shanti berbuat demikian walaupun tahu Leha dan Uzaid bakal ke jinjang pelamin tidak lama lagi?


Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments