Drama | Wifi Sebelah Rumah (2021)


Drama : Wifi Sebelah Rumah
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Nasir Sulaiman, Nana Khalil, Zyza Backy
Siaran : Disney + Hotstar
Mula Tayangan : 24 Jun 2021
Episod : 16
Pelakon : Zul Ariffin, Ruhainies, Anna Melissa, Asha Zainul, Fadlan Hazim, Keith Foo, Fazlina Ahmad Daud, Ridzuan Hasim, Ziana Zain, Faisal Chal Ahmad, Nurin Afiqan


Wifi Sebelah Rumah sebuah drama romantik komedi yg ditayangkan secara eksklusif di Disney + Hotstar. drama arahan Shuhaimi Zulkefli dan dibintangi oleh Zul Ariffin dan Ruhainies.

Drama Wifi Sebelah Rumah mengisahkan Ghaz (Zul Ariffin) yg perlukan sambungan wifi untuk menyiapkan urusan kerjanya, jadi pilihan yg dia ada adalah pergi ke kafe berhampiran rumahnya.


masalahnya Ghaz tak dapat habiskan kerjanya apabila dihalau sebaik tamat waktu operasi kafe tersebut. Mira (Ruhainies) yg kebetulan singgah di situ menghulurkan bantuan kepada Ghaz dengan memberikan password rumahnya.

Ghaz dan Mira sebenarnya berjiran, sejak pindah ke situ Ghaz dah mula jatuh hati dengan jiran sebelahnya. namun banyak halangan yg kena Ghaz tempuh untuk memikat Mira lagi-lagi nak berdepan dengan bapa Mira yg menakutkan.

Lagu Tema/OST: Bunga & Amzar - 300 saat

Post a Comment

8 Comments

  1. Alaaa mcm sweet je cite ni hahah

    ReplyDelete
  2. macam kelakar pun ada. tapi tu laaa.. tak minat zul arifin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalahhh hehe, nak tengok sebb tajuk n plot tu nmpak macam menarik

      Delete
  3. alaaaa tajuk pon da best nii. kenaaa tengok ni

    ReplyDelete
  4. Belum sempat layan drama ni. Nak kena langgan disney+ hotstar. huhu

    ReplyDelete
  5. awww comelnya cerita ni. Wardrobe ruhainies macam cantik2 je dalam cerita ni

    ReplyDelete