Review Telefilem | Ismadi Belum Mati (2021)


Telefilem : Ismadi Belum Mati
Produksi : Kus Semangat Actor Sdn Bhd
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 24 April 2021
Durasi : 1 jam 33 minit
Pelakon : Yusuf Bahrin, Jalil Hamid, Jaafar Onn, Shaza Bae, Imuda

Ismadi Belum Mati mengisahkan Ismadi (Yusuf Bahrin) yang telah bertunang dengan Masnah (Shaza Bae) selama tujuh tahun. Ayah Masnah, Pak Non (Jaafar Onn) selalu membebel kerana Ismadi masih tidak mempunyai kerja tetap dan langsung tiada perancangan untuk bernikah.

Ismadi juga mempunyai masalah tersendiri apabila penyakit  nyanyuk ayahnya, Pak Deris (Jalil Hamid) makin menjadi-jadi. Ismadi mahu mencari pasangan untuk ayahnya supaya ada orang yang dapat menjaga makan minum Pak Deris.


Suatu hari, Ismadi keluar ke bandar dan memakai kasut milik bapanya walaupun Pak Deris berulang kali mengingatkan jangan sentuh kasut kesayangannya yang dihadiahkan arwah isterinya.

Malangnya kasut tersebut telah dicuri, Ismadi pula berazam tidak akan pulang ke rumah selagi belum menemui kasut kesayangan Pak Deris. Akhirnya Ismadi terjumpa kasut yang sama tapi pemiliknya tidak mahu menjual so berhari-hari Ismadi merayu kepada lelaki tersebut.


Lain pula halnya di kampung apabila gempar penemuan mayat yang digilis keretapi sehingga identitinya tidak dapat dikenal pasti. Pak Deris menyangka mayat tersebut adalah Ismadi apabila melihat kasut miliknya yang tersarung di kaki mayat tersebut. Orang kampung sepakat untuk mengebumikan mayat tersebut sebagai Ismadi.

tidak lama kemudian Ismadi pulang ke kampung tapi bingung apabila semua orang kampung lari darinya kerana menyangka dirinya hantu.


Telefilem Ismadi Belum Mati berlatarkan tahun 60-an atau 70-an lebih kuranglah so macam logiklah kalau pihak polis tak boleh nak buat pengesahan identiti mayat tersebut. masalahnya banyak sangat kelemahan telefilem ni tapi yang paling utama bila prop yang digunakan pun tak diberi perhatian.  ok ini cerita melayu tapi ikut logiklah rumah terbakar kemudian meletup tu disebabkan tong gas kan tapi zaman 60-an ni memang orang kampung dah guna tong gas ke?

skrip dalam telefilem ni juga agak bosan sebab asyik repeat topik yang sama. disebabkan kasut tu main peranan penting tak habis semua watak asyik mention pasal kasut baik kasut tu jadi watak utama sahaja.

satu lagi scene yang tak logik bila Ismadi tekad nak dapatkan kasut tu dari Agus Minang (D'Boy Hamdan) so Ismadi guna kad pengenalan dia sebagai pertukaran dengan kasut tersebut.  aku tak tahu apa benak sangat kepala Ismadi sampai sanggup tukar IC sendiri dengan kasut kesayangan bapanya. tengok betapa tinggi nilai kasut tu dalam telemovie ni.


scene bila Ismadi kembali semula ke kampung tu agak kelakar tapi lepas tu rasa macam hambar. iyelah kalau sorang dua nampak boleh percaya itu hantu tapi kalau satu kampung nampak takkan satu kampung tak boleh nak fikir kot. hurmm nasiblah tok imam bijak sikit. actually plot twist dia menarik tapi yang lain agak hambar macam misteri mayat tak tenteram tu, apa yang cuba disampaikan?

Baca juga :

Post a Comment

1 Comments

  1. Tong simpan minyak tanah patutmya.. Rumah Saya...aWal tahun 80 an masih guna dapur mingak tanah cap kupu-kupu

    ReplyDelete