Review Telefilem | Janji Jantan (Astro Citra)

Review Telefilem | Janji Jantan (2020)

Produksi : Kus Semangat Actor
Pengarah : Megat Fauzi Isa
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 10 Oktober 2020
Pelakon : Fikry Ibrahim, Marsha Milan, Hariry Jalil, 
DBoy Hamdan, Mior Hashim Manap

Janji Jantan bermula dengan kematian Jantan, Hassan (Fikry Ibrahim) dan Pak Daud bergegas untuk menguruskan jenazah abangnya. terjadi peristiwa pelik sehingga Hassan terpaksa meminta bantuan orang kampung. 

sewaktu Jantan masih hidup, ramai orang kampung yg tak suka dengan perangai Jantan yg kurang bergaul dengan penduduk setempat. ramai yg tak mahu membantu bila dengar berita kematian Jantan. tapi disebab Hassan datang meminta tolong dan kesian Pak Daud, ada yg tampil ke depan.

Hassan dan penduduk kampung berusaha mengangkat jenazah Jantan ke surau untuk diuruskan tapi masing-masing terkejut bila Jantan masih hidup dan menghalau mereka pulang ke rumah.


Pada malam tersebut, Maryam datang untuk meminta tolong Hassan menguruskan jenazah Jantan sebab dia yakin yg Jantan sudah meninggalkan. tapi itulah bila Hassan dengan Pak Daud datang jenguk tak ada apa pula yg berlaku siap kena halau pula dengan Jantan.

permulaan cerita Janji Jantan nampak seram juga bila Jantan yg disahkan mati tiba-tiba bangun balik, kemudian tersingkap kisah yg berlaku antara Jantan dan jin (tak tahulah benda apa). Jin tersebut datang menawarkan kemewahan dengan syarat Jantan akan bersetuju dengan permintaannya.

pada mulanya Jantan menolak kemudian menerima tawaran tersebut apabila Jantan cemburu dengan Hassan yg lebih disayangi ibunya dan Hassan juga akan berkahwin dengan gadis idamannya, Maryam. dengan bantuan jin terebut, Jantan dapat mengahwini Maryam dan tak payah bersusah payah bekerja apabila jin sendiri menyediakan kemewahan untuknya.


telemovie ni tak bagitahu pula latar masa yg digunakan tapi nampak macam zaman 70an or 80an macam tu tapi tak sure pula bila duit yg ditunjukakan tu nampak macam latest note lepas tu baju melayu yg fikry pakai tu nampak moden sangat.

first half nampak sangat menarik tapi bila masuk second half terus rasa bosan bila plot dia tak bekembang dan asyik ulang benda yg sama. aku pun tak faham apa yg benda tu nak sebenarnya bila Jantan tak kotakan janjinya dan tak faham juga kenapa ada orang lain yg jadi mangsa jin tersebut.

yg kesian dengan watak Maryam tak pasal jadi mangsa janji Jantan, bukan Maryam sahaja tapi menyusahkan orang lain juga walaupun penduduk kampung tu boleh bilang berapa kerat sangat yg ada, nasiblah ada Pak Daud yg boleh ikhtiar cari jalan untuk hapuskan jin tersebut.

Post a Comment

2 Comments

  1. kat rumah MY takde Astro Citra..takleh la tengok

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi telefilem ni. Pelakon dan jalan cerita macam okay. second half macam tak best pulak ye.

    ReplyDelete