Drama : Cinta Non Grata
Produksi : Orangetree Production
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Amar Amir
Siaran : TV3
Masa : Isnin-Khamis | 3.00 Petang
Episod : 20
Lagu Tema/OST : Forteen - Diam Saja
Pelakon : Amelia Henderson, Raja Afiq, Edika Yusof, Mona Allen, Adeline Tsen, Faez Nick, Jay Iswazir, Esma Daniel, Maria Farida, Jasper Supayah
Sinopsis Drama Cinta Non Grata
Cinta Non Grata mengisahkan Darlina (Amelia Henderson) yang sentiasa mengejar populariti di media sosial. Meskipun sering menjadi perhatian lelaki dengan kecantikan yang dimilikinya, Darlina masih belum bertemu lelaki kaya untuk dipergunakan demi memiliki kemewahan hidup. Berlainan pula dengan Hakim (Raja Afiq), seorang yang optimistik mahu megubah nasib orang di sekelilingnya sehingga dapat memberi pengajaran dalam hidup mereka.
Hubungan cinta antara Hakim bersama Kartini yang dahulu telah memberi kesan pada diri Hakim sendiri. Dia tidak mahu mengalami nasib yang sama seperti adiknya,Haikal yang kecewa akibat ditinggalkan Darlina. Hakim ingin mengenali Darlina dengan lebih dekat lagi dan membalas dendam atas tindakan Darlina terhadap adiknya itu.
Abdullah (Esma Daniel), bapa Hakim merupakan seorang pembantu peribadi kepada Datuk Marzuki (Edika Yusof). Hakim akan menjadi pengganti tempat bapanya jika Abdullah tidak dapat bekerja. Datuk Marzuki mempunyai seorang isteri, Datin Jannah dan seorang anak perempuan Zatul. Mereka berdua bersikap tidak ambil tahu apa yang dilakukan oleh Datuk Marzuki , asalkan mereka dapat duit untuk berbelanja dan hidup mewah.
Memiliki wajah yang tampan dan mempunyai gelaran Datuk sepertinya, membuatkan Datuk Marzuki sentiasa mahu mencari gadis yang lebih muda darinya. Apabila bertemu Darlina, Datuk Marzuki tertarik dengan kejelitaan Darlina dan mahu Darlina menjadi isterinya. Darlina menyangkakan bahawa hidupnya akan senang lenang namun Datuk Marzuki telah menetapkan syarat iaitu dia hanya akan memiliki harta Datuk Marzuki jika dia tidak meminta cerai dalam masa setahun.
Darlina mulai rimas dengan hidupnya yang sentiasa dipantau oleh Datuk Marzuki. Hakim yang diupah oleh Datuk Marzuki sebagai jurugambar yang mengawasi Darlina menjadi tempat luahan Darlina. Hakim mula mengenali sisi Darlina yang berlainan dengan sangkaannya. Hakim mula goyah dan mempersoalkan hatinya kerana dia cemburu melihat Datuk Marzuki bermesra dengan Darlina.
Adakah Darlina akan terus mengejar impiannya untuk mendapatkan harta Datuk Marzuki walaupun hidupnya bagai dalam sangkar emas?
Baca juga :
0 Comments