Telefilem Wan Peah Balik Beraya di TV9


Telefilem : Wan Peah Balik Beraya
Produksi : JS Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Azman Hj Yahya
Siaran : TV9
Tayangan : 9 Mei 2022
Masa : 9.30 Malam
Pelakon : Zee Zainal, Acap, Bell Ngasri, Normah Damanhuri, Sherry Al-Hadad, Janna Nick, Sheila Rusly

Telefilem Wan Peah Balik Beraya sebuah kisah kesinambungan dari drama Misteri Wan Peah tentang seorang wanita bernama Wan Peah yang berkelakuan aneh dan misteri sehingga timbul khabar angin dalam kalangan penduduk kampung yang Wan Peah membela saka.

Selepas 12 tahun ramai yang menyangka Wan Peah telah meninggal dunia kerana tiada siapa yang melihat Wan Peah lagi di Kampung Kuala Pari Hilir. Kemunculan Cik Siti yang berpindah di kampung tersebut telah menyelesaikan misteri tentang Wan Peah.


Dalam telefilem Wan Peah Balik Beraya, niat jahat Mas Ayu dapat dihidu oleh Wan Peah, memaksanya untuk kembali ke Kampung Kuala Pari Hilir. Niat baiknya untuk menyelamatkan penduduk kampung dari gangguan Malika disalahertikan oleh Yeh, Li dan Ghani.

Orang kampung beserta tiga sekawan itu meminta maaf kepada Wan Peah kerana menyalahanggap tentang kehadirannya itu. Segalanya kembali jernih apabila Wan Peah mematahkan cucuk sanggul pusakanya membuatkan Malika hilang. Mas Ayu pula mendapat kifarah kerana mempunyai niat jahat terhadap Malika.

Saksikan telefilem seram komedi, Wan Peah Balik Beraya lakonan Normah Damanhuri, Bell Ngasri, Janna Nick dan Sherry Alhadad pada 9 Mei 2022, pukul 9.30 malam di TV9.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments