Bisik Bisik Gelora (TV3) | Sinopsis Drama

Bisik Bisik Gelora (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Bisik Bisik Gelora
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharudin
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 21 Mei 2022
Masa : Isnin-Ahad | 7.00 Malam
Episod : 35
Pelakon : Redza Rosli, Raysha Rizrose, Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Ruminah Sidek, Mark Adam, Afifah Nasir, Noreen Iman, Kodi Rasheed, Shakilla Khoriri, Edika Yusof, Raja Azmi, Harun Hashim, Shah Reza

Bisik-Bisik Gelora sebuah drama adaptasi novel Bisik-Bisik Gelora karya Fauziah Ashari yang diterbitkan pada tahun 2011. Sebuah drama arahan Riza Baharudin, Bisik-Bisik Gelora menampilkan Redza Rosli dan Raysha Rizrose sebagai peneraju utama dan dibantu oleh Gambit Saifullah, Hafidz Roshdi, Mark Adam dan ramai lagi.


Sinopsis Bisik-Bisik Gelora

Bisik-Bisik Gelora mengisahkan Banin Arumi atau Umi (Raysha Rizrose), seorang gadis bandar yang suka berpeleseran dengan teman lelakinya, Fakhri (Gambit Saifullah). Untuk mengawal tingkah laku Umi, bapanya menghantar Umi tinggal di kampung bersama Nek Aji dan Nek Muya sementara menunggu keputusan SPM.

Di kampung, Umi bertemu dengan Jad (Redza Rosli) yang sebaya dengannya. Jad seorang yang nampak baik di depan keluarganya tapi sangat nakal. Namun tanpa diduga, Umi dan Jad terperangkap dan mereka dipaksa berkahwin malah satu lagi kejutan berlaku apabila Jad ditangkap selepas majlis perkahwinan mereka dan kemudian dipenjara.

Selepas peristiwa tersebut, Umi pergi ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran di samping dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Post a Comment

3 Comments

  1. la, mak ayah dia meninggal nape nak salahkan suami. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada baca novel tapi tak ingat dah cite dia kenapa isterinya marah sgt kat suami..hehe

      Delete