Sekolah Sampah (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Sekolah Sampah (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Sekolah Sampah
Produksi : Arie Zaharie Production
Pengarah : Ebi Kornelis
Penulis Skrip : Jo Sidek
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 29 Mei 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Aliff Aziz, Bella Astillah, Aidil Astillah, Pasqueletta Joan, Nuhamizah Syahmi, Fatima Nahira, Haidal Saputra, Rubisa Tiasin

Sekolah Sampah (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Telemovie ‘Sekolah Sampah’ terbitan Arie Zaharie Production Sdn Bhd memaparkan kisah kecekalan seorang pengembara dan usahanya dalam memberi didikan yang adil saksama kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Telemovie terkini keluaran Astro Citra ini memberi penekanan kepada kepentingan ilmu bagi semua tidak kira darjat, status atau kemampuan kita.

Telemovie yang mampat dengan harapan dan impian serta merungkai isu-isu ketidaksamarataan yang relevan dalam kalangan masyarakat ini mengangkat empat orang pelakon iaitu Aliff Aziz sebagai Adam, Bella Astillah sebagai Nureen, Pasqueletta Joan Paulus sebagai Erna dan Aidil Zaquan Astillah sebagai Adi.

‘Sekolah Sampah’ merupakan arahan pelakon dan penyanyi keluaran Akademi Fantasi musim kelima yang berbakat besar, Ebi Kornelis dan turut didukung oleh barisan pelakon baharu yang hebat seperti Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting dan Jaipin Leggau.

Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Sabtu, 28 Mei 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Citra (108) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sekolah Sampah (Astro Citra) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah

Sekolah Sampah mengisahkan seorang backpacker, Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. 

Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 

Untuk memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. 

Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut.

Post a Comment

0 Comments