Telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan di TV3


Telefilem : Ayahanda - Ibrah Ramadan
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Datuk Ahmad Tamimi Siregar
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan, Maizura Ederis
Siaran : TV3
Tayangan : 14 Mei 2022
Masa : 10.00 Malam
Pelakon : Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Noorkhiriah, Fikry Ibrahim, Hairi Safwan, Shah Jaszle, Rita Nadira, Tasha Shilla, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida



Drama Ayahanda yang ditayangkan pada tahun lepas mendapat sambutan baik daripada penonton sehingga pihak Zeel Production telah merancang untuk membawa naskhah Ayahanda ke layar perak. sebagai permulaan, drama Ayahanda dihasilkan dalam format telefilem khas sempena hari raya Aidilfitri ini.

Dalam telefilem Ayahanda Ibrah Ramadan, Noriah seorang isteri yang taat telah memberontak buat pertama kali terhadap Abdullah dan mereka bertengkar disebabkan isu majlis kenduri kesyukuran untuk menjamu orang kampung.

Kehadiran Suri pula, cuba menyatukan kembali Abdullah dan Noriah dengan keluarganya. Apakah kesudahannya?

Saksikan telefilem istimewa Syawal ini, Ayahanda Ibrah Ramadan yang diinspirasi dari watak-watak novel Ayahanda karya Azizi Haji Abdullah pada 14 mei 2022, pukul 10.00 malam di TV3.

Post a Comment

1 Comments

  1. jalil hamid slalu berlakon ayah lahh ayahanda la..apapon menjadi je wataknya kann..

    https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2022/04/e-card-hari-raya-by-rasyidahsheresimple.html

    hai! jom join ga raya syidah last 14/5/2022 ini hehe

    ReplyDelete