Review Movie | A Perfect Pairing (2022)


Title : A Perfect Pairing
Country : United States
Director : Stuart McDonald
Screenwriter : Hilary Galanoy, Elizabeth Hackett
Network : Netflix
Release Date : 19 May 2022
Duration : 1 hour 41 minutes
Genre : Romantic, Comedy
Cast : Victoria Justice, Adam Demos, Craign Horner, Lucy Durack, Samantha Tolj, Luca Asta Sardelis, Nicholas Brown, Antonio Alvarez

It follows a hard-driving LA wine-company executive who travels to an Australian sheep station to land a major client and there she ends up working as a ranch hand and sparking with a rugged local.


A Perfect Pairing mengisahkan Lola Alvarez (Victoria Justice) yang membuat keputusan untuk berhenti kerja selepas ideanya untuk mendapatkan big client dicuri rakan sekerja dan sebenarnya fed up dengan perangai bos di situ.

Lol kemudiannya menubuhkan syarikat sendiri dan terbang ke Australia untuk mencari peluang berkerjasama dengan Hazel Vaugh yang merupakan CEO syarikat pengeluar wain terbaik di Australia.

Sebaik tiba di Ladang Waratah, sudah tentu semuanya tak seperti yang dirancang Lola. Hazel menolak proposal Lola kerana syarikat Lola masih baru. Apabila mendapat tahu ladang tersebut memerlukan pekerja segera, Lola menawarkan diri untuk bekerja di situ dalam masa yang sama boleh mengubah fikiran Hazel untuk bekerjasama dengannya.


Lola berkenalan dengan Max yang merupakan orang kuat Hazel dan pengurus ladang di situ yang kini membimbing Lola untuk bekerja di ladang tersebut. walaupun tidak biasa dengan kerja ladang, Lola dapat menyesuaikan diri dan semakin rapat dengan pekerja di situ dan juga Max tapi identiti Max sangat misteri.

Adakah Lola akan berjaya untuk bekerjasama dengan Hazel Vaugh dan siapa sebenarnya Max? itu kena tengok sendiri filem A Perfect Pairing di Netflix.


bagi aku, tiada yang baru pada plot dan jalan cerita filem A Perfect Pairing dan dari awal pun dah boleh siapa sebenarnya Max. tapi aku suka watak Lola yang optimis dan terima setiap cabaran yang datang dalam hidupnya dengan hati terbuka. chemistry Victoria dan Adam pula sangat best, gandingan yang mantap.

penggambaran filem ini dibuatkan sekitar Gold Coast dan Queensland di Australia. tengok view dalam filem ni, sangat cantik terus rasa nak melancong ke Australia. Overall, A Perfect Pairing sebuah drama romantik komedi yang menghiburkan untuk ditonton. kalau cari filem yang ringan dan santai, sis rekomen filem ni. 

Post a Comment

0 Comments