Review Movie | On The Line (2021)


Title : On The Line
Country : South Korea
Director : Kim Gok, Kim Sun
Release Date : 15 September 2021
Duration : 1 hour 49 minutes
Genre : Action, Mystery, Crime
Cast : Byun Yo Han, Kim Mu Yeol, Kim Hee Won, Park Myung Hoon, Won Jin Ah, Lee Joo Young, Choi Byung Mo, Lee Kyu Sung

SINOPSIS

The story is about Seo Joon, who loses everything to voice phishing and infiltrates the organization in China to meet Kwak Pro, the designer behind this system. (Source: HanCinema)

dari tahun lepas lagi nak tengok filem On The Line bila ternampak Yo Han dan Kim Mu Yeol promote On The Line dalam show Jessi. suka dengan cast dalam filem ni tapi itulah tertangguh sebab subtitle tak ada.


Mengikut statistik, kerugian yang ditanggung oleh mangsa voice phishing scam bernilai hampir 400 juta pada tahun 2018 dan jumlah meningkat mendadak kepada 700 juta pada tahun 2020.

Han Seo Joon (Byun Yo Han) dan Mi Yeon (Won Jin Ah) sepasang suami isteri yang gembira apabila impian mereka untuk memiliki rumah pertama hampir tercapai. tapi semua duit simpanan Mi Yeon hilang sekelip mata apabila menjadi mangsa voice phishing dan kemudian terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Han Seo Joon nekad untuk membalas dendam dan menjejak sendiri sindiket voice phishing kerana merasakan pihak polis lambat bertindak sedangkan sudah ramai yang menjadi mangsa scam termasuk rakan sekerja dia yang bekerja di tapak pembinaan.


modus operandi mereka sangat licik, dengan menawarkan skim insuran kepada bos Han Seo Joon, niat nak menolong dah jadi menyusahkan orang bila bos Han Seo Joon bagi personal data pekerja kepada geng scammer yang menyebabkan mereka semua kehilangan jumlah duit yang banyak.

Han Seo Joon dahulunya seorang anggota polis menggunakan kepakarannya dan sumber dia untuk menjejak sindiket voice phishing dan akhirnya dapat menyelinap masuk ke dalam base HQ mereka yang terletak di China.

Di sini, Han Seo Joon bertemu dengan Gwak Pro (Kim Mu Yeol) yang merupakan orang penting mengatur modus operandi mereka dan menyediakan skrip untuk mangsa voice phishing.


ok first aku nak cakap benda yang aku tak suka, bagi aku jalan cerita ada flaw dan background watak Han Seo Joon tak jelas. aku tertanya juga kenapa dia berhenti jadi polis dan kerja kat tapak pembinaan sedangkan prestasi dia cemerlang dan nampak happy dengan wife dia. tak tahu la kalau aku terlepas pandang tapi polis yang selidik background dia pun tak cakap pula kenapa dia berhenti.

Adakah penulis nak tunjukkan pihak polis memang lembap nak buat kerja mereka terpaksa Han Seo Joon guna pengalaman dia untuk berlagak sebagai hero menyiasat semuanya seorang diri.

tak suka juga bila Han Seo Joon terlalu beremosi nak balas dendam sampai dia buat suatu tindakan secara rushing. lepas tu tertanya juga boleh ke polis korea pergi serbu markas di china tanpa maklum kepada polis tempatan.


good point yang aku suka dalam filem On The Line adalah mesej dan tahu tentang cara geng scammer ni buat kerja. apa yang aku belajar dari filem ni, first protect personal data kita. jangan mudah percaya beri maklumat peribadi kita atau keluarga pada orang lain.

kalau dapat panggilan yang minta transfer duit terus letak telefon. sebab bila panik dan cuba call bank atau pihak berkuasa, semua panggilan akan direct balik kat geng scammer ni sebab telefon kita dah kena hack. jadi kalau nak buat panggilan juga pinjam telefon orang lain. so overall, nice movie!

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments