Seribu Nina (Viu) | Sinopsis Drama


Drama : Seribu Nina
Produksi : Infinitus Ventures Sdn Bhd
Pengarah : Umi Salvana Omar
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 19 Mei 2022
Masa : Setiap Khamis
Episod : 10
Durasi : 60 minit
Pelakon : Adriana Adnan, Syafiq Kyle, Marsha Milan, Fahmy Reza, Nadia Aqilah, Chelsea Ng, Adlin Aman Ramlie, Saidi Sabri, Riezman Khuzaimi, Zain Hamid

Platform Penstriman VIU sentiasa membawa kelainan dalam setiap drama terbitannya dan kini VIU tampil dengan naskhah terbaru, Seribu Nina di bawah arahan Umi Salvana Omar dan dibintangi Adriana Adnan, Syafiq Kyle dan Marsha Milan.

Seribu Nina (Viu) | Sinopsis Drama

Seribu Nina mengisahkan Amar (Syafiq Kyle), seorang pensyarah sejarah dan telah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya, Nina (Adriana Adnan) selama tiga tahun. Pada ulangtahun mereka, Amar mahu melamar Nina namun membatalkan hasratnya kerana masih lagi ragu-ragu.

Nina terdengar perbualan Amar dengan bapanya, Encik Firdaus (Adlin Amar Ramlie) tentang rancangan lamaran Amar dan sedih apabila mendapat tahu Amar masih ragu-ragu membuat keputusan kerana Nina bukan wanita yang sempurna.

Seribu Nina (Viu) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Amar menyaksikan Nina telah diculik oleh seorang lelaki misteri dan Amar secara tidak sengaja telah termasuk ke dimensi lain ketika mengejar Nina lalu bertemu dengan seorang wanita bernama Didi (Marsha Milan).

Didi sebenarnya pemburu upahan yang datang ke dimensi tersebut untuk memburu Nina. Namun belum sempat dia membawa Nina pulang, Orang Besar (Arash Mohamad) telah menghantar orangnya untuk menculik Nina.

Didi yang dalam misi memburu Nina terpaksa membawa Amar bersamanya dan merahsiakan motifnya yang sebenar dari pengetahuan Amar. Mereka kini mengembara ke pelbagai dimensi untuk mencari Nina.

Seribu Nina (Viu) | Sinopsis Drama

Dalam penggembaraan tersebut, Amar telah masuk ke pelbagai dimensi dan berjumpa dengan Nina dalam pelbagai versi, ada yang gila, ada yang menjadi pembunuh malah ada versi baharu itu lebih sempuna dari Nina yangsebenar.

Namun Amar tidak berputus asa untuk mencari Nina kerana menyedari dirinya begitu mencintai Nina walaupun mengetahui Nina sebenarnya dari dimensi yang berbeza dengan dirinya.

Berjaya Amar bertemu dengan Nina yang sebenar? Saksikan penggembaraan Amar mencari Nina yang penuh dengan aksi menghiburkan dalam Seribu Nina yang ditayangkan setiap hari khamis mulai 19 mei 2022 di platform penstriman VIU 


Baca juga :

Post a Comment

1 Comments