Sinopsis Telefilem Suamiku Old School di Awesome TV


Telefilem : Suamiku Old School
Produksi : Opy Global Pictures
Pengarah : Opie Zami
Siaran : Awesome TV
Tayangan : 23 Februari 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Azhan Rani, Isyariana, Eyzendy Aziz, Linda Rafar, Rosdeen Suboh

Suamiku Old School mengisahkan Alif (Azhan Rani) dan Zureen (Isyariana) bertemu sewaktu melawat kawan mereka yang baru mendapat cahaya mata.

Sikap Alif yang tidak kekok dalam memegang bayi yang baru lahir telah memberi pandangan pada Zureen yang Alif adalah bapa yang sempurna. Dan Zureen, yang membantu menyiapkan makanan hidangan mereka dirasakan oleh Alif calon sesuai dibuat isteri. Hasil bantuan rakan-rakan mereka berkenalan dan seterusnya berkahwin.
 
Bagaimana dengan perkahwinan mereka? 

Saksikan Telemovie Suamiku Old School, 23 Februari 2022, jam 9:00 malam di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV.

Baca juga: 

Post a Comment

1 Comments